Wednesday 10 December 2008

bila ibu tiada..

bila tiada aku punya batas waktu
aku sendiri merangka jadual
lelah juga aku dibuatnya
jadual bermula dr pagi smpai ke tgh mlm
menjadi ibu bukannye senang..
malah aku sendiri hampir mengalah
sabar aku menunggu mungkin mggu hadapan
tp bgku tugas ni akan aku pikul sampai akhir
selagi aku bernafas...

Thursday 4 December 2008

Dari Malaysia?

Sewaktu sedang mencari-cari parking kereta di hospital, ternampak sepasang orang tua sedang berjalan-jalan ke arah keretaku. Mereka pandang ke arahku sambil berbisik-bisik.

Aku sedar yang itu kerana aku nampak mereka berhenti seketika.

Aku pura-pura parking dengan sopan dan pura-pura lambat keluar dari kereta. tapi oleh kerana sudah lambat ke kelas, aku kena juga keluar.

Aku pandang mereka. Aku senyum. Mereka senyum. Aku beri salam.

Si ibu bertanya "Dari Malaysia?"

Aku senyum. "How do you know that?"

"We're from Cashmere" (nota: Orang Kashmir tidak pernah claimed mereka sebahagian daripada India)

"Malaysians are nice people" ujar si ibu.

Dalam perjalanan ke hospital, dia banyak bertanya pasal aku. Si ayah jalan di hadapan, curi-curi dengar, aku tahu.

Teringat perbualan di Lidl semalam. Seorang perempuan bermata biru mengucapkan Selamat Petang pada aku. Seronok juga berbual tentang tanah air sendiri.

Suka.

Ah! Kenapalah semua orang sedang bersuka ria di Malaysia sekarang?

apa ada pada hijab?

terbaca-baca sebuah blog seorang ibu yang sedih pabila orang mengatakan dia berlagak baik sedangkan anak-anak perempuannya tidak memakai tudung. Dalam counter arguments yang beliau catatkan yang diquote di bawah ini:

Tidak juga mudah bagi saya memaksa anak-anak saya menutup aurat kalau mereka masih menilai tiadanya keikhlasan orang-orang disekeliling mereka yang ramai MENUTUP AURAT namun mengaibkan dan mencemarkan imej MENUTUP AURAT itu sendiri seperti ;


1.TUTUP AURAT tetapi tidak mengerjakan solat..

2.TUTUP AURAT tetapi bercanda atau bercumbu-cumbuan dengan bukan muhrim, di tangga-tangga kompleks, dipanggung-panggung wayang, di taman bunga (sering melihat di Dataran Shah Alam) di bulan puasa ketika orang sedang solat magrib di masjid berhampiran.

3.TUTUP AURAT hanya nak menunjuk kepada orang tertentu (di pejabat sahaja atau di hadapan orang kampung) yang dia seolah-olah muslim wara' walhal di tempat lain aurat terdedah.(Lainlah sekiranya diwajibkan dan terpaksa menutup aurat di zon-zon menutup aurat tertentu seperti kaw.sek agama atau kaw.masjid).

4.TUTUP AURAT tetapi menghisap rokok di khalayak ramai

5.TUTUP AURAT tetapi mengadu domba

6.TUTUP AURAT tetapi berzina

7.TUTUP AURAT tetapi mencuri

8.TUTUP AURAT tetapi berbohong

9.TUTUP AURAT tetapi menderhaka kepada IBU BAPA

10.TUTUP AURAT tetapi percaya bomoh

11.TUTUP AURAT tetapi rasuah,riba makan harta anak yatim.

12.TUTUP AURAT tetapi suka mengata dan mengumpat, memaki, mengutuk.

13.TUTUP AURAT tetapi gemar menyebut-nyebut dan nampak-nampakan keaiban atau keburukan orang lain.

Beliau katakan tanpa tudung pun anak-anak beliau boleh jadi baik. Beliau juga katakan hijab itu bukanlah sesuatu yang fundamental tanpa perbuatan2 yang dikatakan ini.

Mungkin yang saya faham di sini adalah, jika hati baik tak pakai tudung pun tidak mengapa.

Ataupun saya PALING SAYA FAHAMKAN adalah: Hijab itu bukanlah sebuah lesen untuk anda berbuat maksiat ataupun berbuat baik.
----

Dulu saya pun pernah berpendapat sebegitu. Jika hati baik, solat tak tinggal kenapa mahu hairan. Perangai orang bukan dihisab berdasarkan hijab yang pertama-tamanya.

Atas sebab itu juga, saya pernah membuka tudung pada satu period dulu. Ramai yang menangis, ramai yang hampa. Ada yang sanggup terbang ke tempat saya belajar kini untuk kembalikan saya kepada diri saya yang dulu.

Ironi bukan?

Kerana sebelum saya membuka tudung itu, saya sudah telah meminta petunjuk pada yang ESA: apakah yang akan terjadi pada dunia ini jika saya tidak memakai tudung?

Alhamdulillah, Allah telah buka jalan keampuanan dan tunjukkan lubang-lubang hitam yang tidak patut saya jejaki. Alhamdulillah juga, kerana itu, saya kembali memakai tudung. Dan saya puas dengan zaman ujian saya.

----

Ada apa pada hijab? Kenapa persoalan skeptik seperti si ibu di atas sering kedengaran seperti orang yang tiada fundamental dalam jiwa Muslimnya? Saya pernah berblog tentang yang ini. Dan saya berani mengatakan muslim yang berada di negara Malaysia (yang dicop sebagai negara Islam) tidak dapat menghayati semangat Islam yang ditunjukkan di negara-negara Barat yang lain.

Kerana apa?

  • Menutup aurat itu sebab mematuhi nasihat keluarga.
  • Menutup aurat kerana malu dengan kawan/masyarakat sekeliling.
  • Menutup aurat kerana protokol seperti yang berlaku di UIAM ataupun Brunei.
  • Menutup aurat kerana lebih nampak ayu dan baik.

Untuk itu, maka terkeluarlah isu-isu yang dikatakan oleh si ibu tadi. Bertudung tapi tidak solat, berzina, hisap rokok, menderhaka.

Untuk itu, saya ingin tanyakan:

  • Berapa ramai yang menutup aurat juga menutup hati mereka kepada dunia luar?
  • Berapa ramai yang menutup aurat kerana malu ditatap oleh orang lain?
  • Berapa ramai yang menutup aurat kerana mahu keredhaan dari-Nya?

Mungkin saya juga tidak sampai pun dalam golongan yang ini.

----
Atas sebab-sebab ini jugalah saya kuat untuk membuka hijab saya dahulu. Atas sebab-sebab ini jugalah saya kini kembali berhijab dengan niat tiada siapa yang akan melihat saya sebagai simbol nafsu. Walaupun kini orang katakan saya kolot kerana tidak bertudung selempang. Mungkin juga tidak kena dengan gaya saya yang suka berfesyen.

Kini saya sudah tidak kisah. Kerana saya sudah lalui zaman-zaman itu.

----

Kini saya bertanya lagi, adakah anda puas, kerana menutup aurat iman anda sudah sempurna?
Ataupun harus saya katakan, adakah alasan tanpa menutup aurat adalah kerana anda merasakan iman anda telah sempurna?

Maaf, saya tidak mahu menyertakan hadis-hadis di sini kerana saya bukanlah seorang ilmuwan agama dan saya tidak berniat untuk tunjukkan saya jenis yang begitu.

Ingatlah, Islam itu merangkumi tatacara hidup. Islam itu sendiri sudah lengkap. Tidak lengkap iman seseorang jika dia tidak mengerjakan yang 5 dan yang 6. Itu asas yang perlu kita lakukan.

----

Berbalik kepada persoalan si ibu tadi, hanya doa dan nasihat sahaja yang boleh saya kirimkan untuk beliau. Semoga beliau mendapat hijrah rohani untuk keluarganya. Dan ini juga ditujukan khas untuk kita semua.

JZKK