Tuesday 27 January 2009

kisah solat yang sempurna

soalan: berapa yang berasa solat mereka tidak sempurna? apa lagi jika tidak khusyuk dalam solatnya? bagaimana mahukan pahala solat yang sempurna?

soalan yang dijawab oleh soalan: tahukah anda rukun solat ada berapa? anda solat cara yang bagaimana? mengikut mazhab yang mana? syafi'e?hanbali ataupun maliki?

saya tidak akan menjawab soalan anda di atas: walaupun saya sudah menghadiri kursus penghayatan solat (sila klik untuk membaca e-book) baru-baru ini.

beberapa fakta yang perlu diketahui sebelum>semasa>selesai solat (sila ambil kisah ini mengikut mazhab syafi'e):

1) kisah wudhu
  • yang wajib hanyalah membasuh muka, tangan, kepala dan kaki - mengikut urutan
  • sunat berkumur-kumur, membasuh hidung, telinga dan leher.
2) kisah sebelum berniat
  • berdiri tegak-tegak menghadap kiblat. pastikan berdiri dengan jari-jari kaki tepat-tepat menghadap kiblat.
  • bagi yang perempuan, tiada isu merapatkan tumit kaki kiri dengan kanan. pernah tengok lelaki berdiri tegak? ye, sila berdiri begitu juga. jika tumit kaki kiri bersentuh dengan tumit kaki kanan, hujung jari kaki anda sudah tidak menghadap kiblat.
3) takbiratul-ihram
  • tiada nas mengatakan perlu lafaz niat sebelum mengangkat takbir. Ada yang kata bid'ah kerana niat sepatutnya di dalam hati ketika mengangkat takbir.
  • niat sebenarnya adalah "aku solat (sila letak waktu apa) fardhu kerana Allah"
  • nota: niat itu di dalam hati pabila mulut melafazkan Allahu-Akbar
  • semasa mengangkat takbir, tapak tangan mesti menghadap kiblat.
  • hujung jari mestilah selari dengan paras telinga.
4) Membaca Fatihah
  • Fatihah itu sebahagian dari rukun solat. Maka, wajib membacanya. Ketahuilah bahawa permulaan ayat itu mestilah dimulakan dengan basmallah dan diakhiri dengan amin.
  • Makruh membaca Fatihah bersambung-sambung.
  • Bacaan fatihah perlu diperbetulkan makhraj dan harakatnya.
  • Doa iftitah sebelum Fatihah adalah sunat.
  • Surah selepas Fatihah juga adalah sunat.
5) Rukuk
  • Punggung mestilah bengkok 90 darjah dengan kaki.
  • Tapak tangan mestilah berada di atas lutut - bukan di paha dan bukan di bawah lutut.
  • Tidak boleh berdoa semasa di keadaan rukuk.
  • Ini kerana pada ketika ini kita sedang memuji-muji kebesaran Allah.
  • Sebutan yang sebetulnya disebut: Subhanarabbi yal-Azimi! (tanpa wal bi hamdihi)
  • sunat mengangkat tangan selepas rukuk.
6) Iktidal
  • Hanya wajib membaca "SamiAllahuliman hamidah"
  • Sunat membaca "Rabana lakal Hamdu"
7) Sujud
  • menjatuhkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan.
  • hujung jari kaki mestilah bengkok kesemuanya agar tapak kaki betul2 90 darjah dari lantai.
  • menekan dahi
  • sekadar hidung menyentuh lantai
  • dahi hendaklah berada di antara kedua-dua tapak tangan (termasuk wanita)
  • nota: bagi wanita, tidak perlu membuka ruang antara ketiak dan badan.
  • tidak boleh sujud di atas pakaian ataupun kain yang menjadi pakaian kita; yakni boleh bergerak-gerak mengikut pergerakan kita (melainkan mahu menjadi alas sejuk atau panas pada lantai ketka sujud)
  • afdhal berdoa ketika sujud.
  • bacaan sujud: "Subhana rabbi yal-a'ala" tiga kali.
8) Duduk di antara dua sujud
  • meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan.
  • dilarang duduk seperti anjing; yakni meletakkan punggung di atas lantai di antara kaki kiri dan kaki kanan.
9) Tasyahud awal
  • Duduk seperti mana perilaku duduk di antara dua sujud.
  • Jari telunjuk dikeluarkan ketika menyebut nama Allah pada "Ash-ha du alla ila ha IllahAllah...." dan bukannya pada awal bacaan tasyahud ataupun permulaan syahadah
10) Tasyahud akhir
  • duduk punggung kiri di lantai dan tapak kaki kanan tegak.
  • tidak perlu membaca "sayidina" sebelum Muhammad dan Ibrahim ketika doa selepas syahadah.
11) Salam
  • terus tolek kanan tanpa mengangguk ke bawah.
  • dan terus toleh ke kiri selepas menoleh ke kanan.
  • tidak perlu menyapu selesai memberi salam.
12) Tamakninah
  • setiap perlakuan pada rukun perlu disertai oleh *a short pause* sepanjang 2 harakat.
13) misc
  • hanya sunat mengangkat tangan ketika bangkit dari rukuk dan bangkit dari tasyahud awal.
  • makruh memejam mata ketika solat (meniru orang Yahudi)
  • pengiraan bergerak ketika solat adalah tidak lebih 3 kali pergerakan berturut-turut. Tapi jika bergerak dan berhenti dan bergerak dan berhenti hanya dikira satu pergerakan sahaja.
Nanti kita bakal bersambung dengan khusyuk solat.

JZKK.

Saturday 17 January 2009

ayat-ayat cinta tuhan

ayat-ayat cinta mendamaikan rohani kita.
suatu petang yg indah aku dgn sorg sahabat msk bookshop.
dgn langkah yg ringan aku ke sudut novel melayu.
mungkin ini jodoh aku dgn ayat-ayat cinta.
terus mataku tertancap cover novel bercorak bunga pink.
Ayat-ayat cinta oleh Habiburrahman el-shirazy.
terus tgn aku menggapai & membaca komen dr sasterawan negara kita.
butiran kata-katanya sungguh indah.
sewajarnya mendapat anugerah The Most Favourite Book mengalahkan novel Harry Potter.
aku membeli tanpa kegusaran.wpun ini adalah novel pertama aku.
serupa hadiah yg besar untuk diri aku.
dan jugak akan aku kirimkan kpd sorg sahabat yg jauh d mata.
sejujurnya sgt dekat d hati
inilah ayat-ayat tuhan.
sebagai santapan rohani bg setiap hamba-Nya.
wallahualam.





Sunday 11 January 2009

nasihat untuk diri

selalu bila rasa sedih kerana diuji aku mesti didatangkan oleh nasihat-nasihat yang tidak terduga.
sampai sekarang pun bila mana aku sedang diuji, aku sentiasa berfikir, akan terselit perkara-perkara yang aku masih tak tahu.

selalu pabila didatangi masalah kita mesti bercakap pada diri sendiri "kalaulah aku buat ini, mesti tak jadi mcm ni" ataupun "kalaulah aku tak buat mcm ni, mesti perkara lain lagi bagus akan berlaku"

tetapi kita tak pernah tahu apa-apapun bukan?

seorang sahabat pernah memberi nasihat jika kita selalu sangat diuji bermakna Allah tak pernah melepaskan pandangan pada kita. Mungkin kita ada berbuat kesilapan yang kita tak pernah sedar. Mungkin cara hidup kita tidak betul dan harus diperbetulkan. Mungkin Allah mahu memberikan kebahagiaan selepas ujian-ujian itu.

kita tak pernah tahu bukan?

ujar seorang sahabat yang lain, semakin besar cabaran yang kita lalui, semakain besarlah kebahagiaan yang kita akan dapat. kadang-kadang takdir yang membuatkan kita jadi begini. Buat apa salahkan takdir? kita usahakan apa yang termampu. yang penting adalah usaha.

datanglah 5 perkara sebelum 5 perkara. teringatkan tentang yang itu juga.
1) Sihat sebelum sakit
2) Kaya sebelum miskin
3) Lapang sebelum sempit
4) Muda sebelum tua
5) Hidup sebelum mati

Hidup ini terlalu singkat untuk mengeluh. Jika diberikan cabaran sahutlah cabaran tersebut. Hati mesti sentiasa ikhlas. Jangan riakkan dengan apa yang ada dalam hidup.

"Barangsiapa yang membantu menyelesaikan kesusahan seseorang didunia, nescaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahan nya di dunia dan akhirat "

Terharu bila mendengarkan yang ini. Bila kita mendengarkan sesiapa yang berada dalam kesusahan, bantulah sekadar apa yang mampu. Nescaya bila datangnya saat kita susah, Allah akan bukakan pintu rezeki pada mana-mana yang kita tidak pernah ketahui.

Nasihat untuk diri :
1) Jangan berputus asa terhadap rezeki Allah. Rezeki itu ada di mana-manakan? Jangan hesitate untuk membantu.
2) Berusaha bersungguh-sungguh ke atas sesuatu. Allah sukakan hamba-Nya yang mengerjakan ke arah kebajikan, insha'Allah.
3) Jangan berharap pada sesiapa selain Allah. Bersangka baiklah dengan-Nya. Dialah tempat sebaik-baik mengadu.
4) Sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Dan sentiasa berusaha untuk tidak membuka sebarang ruang fitnah terhadap diri sendiri.
5) La tahzan. Kebahagiaan itu akan datang juga dalam pelbagai bentuk yang Allah inginkan.

JZKK.

Saturday 10 January 2009

wallahi!

Terbuka hati mahu ke usrah kali ini walaupun banyak perkara yang masih berlegar-legar di minda.
Tambahan pula di bandar mereka membuat bantahan terhadap serangan di Gaza.
Aku tak mahu membaca SkyNews, takut-takut mengalir air mata.
Melihat-lihat sahaja Vigil di bandar tadi pun terasa hiba.


Usrah kali ini sungguh istimewa.
Jika dulu mereka bawakan seorang rakyat Palestin yang menceritakan tentang Al-Aqsa.
Kali ini mereka bawakan orang yang menetap di Gaza tetapi mereka belajar di sini.

Mendengar daripada mereka sebagai sumber terus adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan. Sekurang-kurang terisi juga minda ini tentang perkara-perkara yang berlaku di dunia ini.


Antara perkara-perkara yang aku baru tahu ialah:
1) Palestine adalah sebuah negara di antara Egypt dan Jordan.
2) Orang yang mengemukakan idea untuk membawa masuk orang-orang Yahudi masuk ke Palestine adalah orang kelahiran Scotland.
3) British adalah tulang belakang kepada perampasan tanah Palestine.
4) Hari berdarah - Nakbah adalah pada 1 Mei 1948. Ketika itu orang Palestine dihalau beramai-ramai ke Semenanjung Gaza dan West Bank.
5) Peristiwa Nakbah ini dikatakan hari berdarah kerana orang-orang Yahudi ini telah menyerang perkampungan dan bandar-bandar di Palestine langsung terus menembak warga-warga yang tidak berdosa.
6) Mereka memberikan Gaza kepada Palestine itupun kerana Gaza itu adalah kawasan pembuangan yang ditadbir oleh Mesir dan West Bank pula ditadbir oleh Jordan.
7) Masjid Al-Aqsa berada di dalam Israel bersempadan West Bank. Walau bagaimanapun, Israel cuba mengawal setiap kawasan yang dikatakan mempunyai sejarah keagamaan.
8) Gaza adalah kawasan yang paling padat di dunia!
9) Palestine mempunyai dua parti sokongan: Hamas dan Fatah; dan mereka ini tidak langsung sebulu.
10) Orang-orang Israel tidak sukakan orang-orang Hamas. Sejak Hamas menang di Gaza, orang-orang Israel cuba untuk mengawal Hamas, tapi tidak berjaya.
11) Israelis cuba membuat perjanjian dengan Hamas - tetapi memungkirinya.
12) Hamas berang lalu melancarkan bom kepada Israel.
13) Setelah provokasi itu berjaya, mereka mengebom bandar Gaza dengan alasan: Hamas mulakan dahulu.
14) Israelis mengebom pusat latihan polis di bandar Gaza pada hari pertama 27hb Disember 2008. Kebanyakan mereka adalah warga muda yang dilatih untuk berperang.
15) Selepas hari tersebut, serangan mereka adalah pada kanak-kanak dan wanita.
16) Alasan mereka mengebom kerana mereka mahukan Hamas.
17) Taktik kotor mereka yang lain adalah: mereka menelefon orang-orang di Gaza berkata mereka tidak mengebom untuk menyusahkan mereka, dan pengeboman ini semua salah Hamas. Mereka juga katakan jika Hamas tiada, itu adalah lebih baik untuk semua.
18) Universiti Islam yang sama cantik di UIAM musnah dibom.
19) Oleh kerana mereka ini duduk terlalu padat, mereka membina banyak flat yang berbelas-belas tingkat.
20) dan mereka hanya menaiki tangga untuk naik ke atas.
21) Sejak pengeboman, tiada sumber elektrik disalurkan.
22) Badan sukarelawan tidak dibenarkan membantu warga-warga Palestine.
23) Mereka hidup berdasarkan belas kasihan dan derma seluruh dunia. Tiada pekerjaan umum dilaporkan.
24) Walaupun Gaza ini berhampiran laut Mediteranean, mereka sukar mendapat sumber ikan. Jika mereka keluar 1km dari pesisir pantai, mereka akan ditembak.
25) Liga-liga Arab tidak berbuat apa-apa kerana telah diberikan amaran oleh AS. Dan semangat Assobiyah mereka membuatkan mereka tidak bersatu.
26) Mesir yang betul2 bersempadan dengan Gaza tidak berbuat apa-apa, dan ini disengajakan.
27) Orang-orang Palestine menggali lubang untuk ke Egypt bagi mendapatkan sumber import-eksport .
28) Gaza tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam kerana tanah mereka habis digunakan untuk penempatan.

Itu adalah beberapa point yang aku yakin telah banyak menginsafkan aku. Berapa kali kita merungut sebab perkara-perkara remeh dlm hidup? Tapi mereka? Mereka sudah biasa dengan perkara begitu.

Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rezeki yang baik dan hidup yang sempurna bagi aku untuk jalani di atas muka bumi ini. Setiap ujian yang Allah berikan itu nyatanya tidak cukup besar jika mahu dibandingkan dengan dugaan ke atas orang-orang Palestine.

Qunut Nazilah telah dibacakan selepas sesi bercerita tersebut. Doa ini dibacakan oleh Rasulullah ketika di dalam peperangan untuk mengalahkan musuh. Cuba google dan bacakan bersama-sama.

Jika aku di Malaysia, aku percaya aku tidak akan diberikan peluang yang sebegini hebat. Terima Kasih Allah.

Wallahi! Ayat biasa orang Arab bila berbicara.
Wallahi! Kerana Allah kita semua berada di mana kita berada.

Thursday 8 January 2009

setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya

aku stress.
ye, aku tahu.
kau pun stress juga.
tapi bila aku stress aku terasa mahu pergi berjumpa dengan orang ramai.
takpelah. jumpa jiran sebelah pun takpe.
jumpa akak-akak dan adik-adik pun tak ape.
asalkan aku lupa dengan masalah aku.

setiap orang ada masalah hidup.
kita nampak orang tu senyum ingat orang tu tak ade masalah ke?
kita nampak orang tu tenang-tenang aje ingat orang tu sentiasa gembira ke?

semua orang pun ada masalah.

selalu bila orang lain nak hilangkan masalah dia cuba mencari escapism.
bermain sukan, tak duduk rumah, lepak rumah kawan main game, baca buku.
carilah sesuatu untuk dimanfaatkan.

aku pun mahu cuba begitu, walaupun tidak boleh.
selalu jika mahukan berlepak rumah kawan, kepala asyik duduk fikir pasal masalah.
bukan masalah negara pun.
masalah hidup sikit-sikit masuk sekali dengan masalah belajar.

selalu kalau aku stress juga aku akan tidur.
seronok juga tidur 10 jam.
tapi masalahnya bila stress aje, aku akan terjaga waktu pagi.
mungkin roh aku pun banyak berfikir.
agaknyalah.

sekarang ini, aku mahu punya azam baru.
perbaiki hubungan baik dengan orang sekeliling.
mahu tidur cukup.
tidak mahu duduk bersahaja di dalam rumah.

saya mahu keluar, bersukan, lepak atau apa-apa sajalah.
saya mahu habiskan kerja saya dan balik Malaysia.
walaupun saya kurang suka Malaysia tapi itu tanah tumpah darah saya.

Mungkin betul juga kata orang, setiap dugaan itu ada hikmahnya.
Allah mahu menguji sesiapa sahaja yang bersabar.
Tiada orang mahu dengan kita pun dugaan juga.
Masalah dengan pembelajaran pun dugaan juga.
Mungkin juga dengan dugaan tersebut dosa kita kan terhapus.

Patutlah Islam pun kata "Sabar itu separuh daripada iman"

Apa lagi? Anda distress? Tarik nafas dalam-dalam hembus perlahan-lahan.
Sebelum tidur, baca 3-Qul dan Ayat kursi dengan niat/harapan esok pasti Allah kurniakan hari yang ceria bagi kita.

Dan sedikit tips dari kaunselor - jangan fikir banyak sangat, take one thing at a time.