Thursday 19 August 2010

di akhir zaman

Salamu alaikum.

tergerak hati saya ingin menaipkan ini setelah semalaman mendengar dan mencari informasi yang sungguh saya tidak sedari sepanjang saya bernafas di atas muka bumi ini. sedar tak sedar, banyak juga yang saya cungkil dari internet. bermula dari ceramah agama dari Sheikh Imran Hussein tentang Dajjal dan Al-Masehi sehinggalah kepada pencarian tentang Raja Zulkanain dan Yakjuj Makjuj. Berikut adalah ringkasan tentang apa yang dapat sepanjang malam/pagi saya berjaga. Harapnya dapat menambahkan sedikit rasa keinsafan di dalam diri kita insha'Allah.

1) Dajjal sudah pun hadir tanpa kita menyedari. Seperti yang telah dinyatakan; ianya datang selama 40 tahuun. 1 hari pertama seperti 1 tahun, 1 hari kedua seperti seminggu. 1 hari ketiga seperti sebulan, dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari yang kita lalui.

2) Dajjal sebenarnya menipu Bani Israel dengan menjadi Al-Masehi (Nabi Isa A.S). Antara bukti kewujudan kedatangan Al-Masehi adalah:

  • Merampas Tanah Suci Bani Israel dari tangan bukan Yahudi
  • Mengembalikan Bani Israel ke Tanah Suci - Baitul-Maqdis
  • Membangunkan Baitul-Maqdis
  • Menjadi kuasa dunia seperti kerajaan-kerajaan yang lepas.
3) Daripada bukti terdahulu; mereka telah berjumpa dengan Dajjal (ketika ini zaman Rasulullah SAW) di sebuah pulau yang besar. Ketika ini Dajjal dengan tangan dan kaki terikat bertanyakan tiga soalan kepada mereka:

  • "Adakah Nabi yang Ummi telah sampai ke Madinah?" mereka katakan ya. Dajjal berkata "Maka sesiapa yang mengikuti Nabi itu tidak sia-sia"
  • "Adakah tanaman kurma masih banyak di tanah Arab?" mereka katakan ya. Dajjal menjawab "Maka, keadaan itu tidak akan kekal"
  • "Adakah lautan Galille (sumber air Israel) masih banyak?" mereka jawab ya. Maka Dajjal berkata "Ketika air di lautan itu surut, maka itu tandanya aku akan keluar"
4) Ramai mengatakan pulau yang besar itu adalah Britain. Ini kerana Britain yang memulakan Deklarasi Balfour untuk membuka dasar membawa kaun yahudi secara 'halal' ke Palestine. Ini dikatakan "hari pertama" bagi Dajjal.

5) Ketika Perang Dunia Kedua, Britain telah 'dipaksa' melepaskan Israel dan ketika ini ia disokong oleh Amerika Syarikat. Ketika ini, sistem kapitalis dan pemerintahan dunia oleh AS telah bermula. Israel sedikit demi sedikit dibina dari segi infrastruktur dan ketenteraan. Semua ini disokong oleh sistem riba (wang kertas) oleh AS. Ini dikatakan 'hari kedua' Dajjal.

6) Sedikit masa lagi, 'hari ketiga' Dajjal akan bermula. Ini akan bermula dengan jatuhnya sistem wang oleh AS (harga USD sudah semakin tidak stabil) dan semua pemerintahan akan dipindahkan kepada Israel. Ketika ini, ia akan menguasai dunia dengan peperangan. Walau bagaimanapun, pemerintahan ini tidak lama.

7) Ini kerana, akan turunnya Imam Mahadi untuk membunuh Dajjal. Dan ketika ini juga akan turunnya Al-Masehi yakni Nabi Isa AS.

8) Setelah Dajjal ditumpaskan, Nabi Isa akan memerintah sementara dan wafat. Kemudian, akan keluarlah Yakjuj dan Makjuj.

9) Dinding besi yang dibina oleh Raja Zulkarnain untuk menyekat Yakjuj dan Makjuj ini akan hancur lebur. Ini adalah Gunung berapi Elbrus di Caucacus, sempadan Rusia dan Georgia. Yakjuj dan Makjuj adalah api yang mengalir sangat laju. Saintis telah menjangka letusan akan berlaku dalam masa 50 tahun lagi.

10) Pakar Islam juga mengatakan Dajjal yang sebenar akan keluar (di mana hari-hari seterusnya adalah sama dengan dimensi masa di bumi) dalam masa 50 tahun lagi ketika air laut Gallile kering kontang (ketika ini ianya sudah hampir kering sehingga tidak mampu mengepam air untuk rakyat Israel)

11) Walaupun mereka menyatakan Dajjal itu hanya boleh melihat dengan mata kiri (mata kanannya buta) - saya kira Dajjal ini akan menjadi pemimpin Israel ketika ia menakluk dunia; sebenarnya misi Dajjal adalah untuk menggelapkan hati manusia. Butanya mata kanan itu adalah metafora untuk butanya mata hati beliau dan betapa ia mahukan manusia untuk bersama gelap hati bersama beliau.

12) Ketika ini, apa yang kelihatan jahat dan baik adalah perkara yang berlaku sebaliknya (nota: sila ambil iktibar dari peristiwa NAbi Musa AS dan NAbi Khidir AS) dan ketika ini berleluasa pemikiran feminism dan homoseksual. Ini petanda akhir zaman.

13) Mengapa Israel mahu menakluki dunia melalui sistem wang/riba dan peperangan? Kerana asalnya kaun Yahudi di Israel ini adalah dari kaum khazar, yang terletak betul2 sempadan Rusia dan Eropah, di mana Raja Zulkarnain membina tembok besi. Mereka sangat suka pada peperangan dan kerosakan. Dan yang menduduki Israel kini adalah 90% daripada kaum Eropah Timur ini. Mereka ini dikatakan "so-called Jews" bukanlah Yahudi secara keturunan tetapi mendakwa tanah suci itu adalah tanah hak milik mereka.

Ketika saya menaipkan yang ini, saya rasa gelapnya hati saya kerana terlalu memikirkan hal keduniaan dan butanya hati saya untuk tidak mengetahui bahawa hari terakhir boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Insha'Allah, kita sama-samalah meminta hidayah kepada Allah supaya menerangi hati kita supaya kita dapat melihat kebenaran di hari-hari terakhir ini. untuk mengelakkan diri kita dari fitnah Dajjal, bacalah Surah Al-Kahfi pada setiap kali Jumaat nescaya kita akan terselamat dari sebaran-sebaran Dajjal tersebut.

Sebar-sebarkan dan ambillah iktibar daripadanya, insha'Allah.

Friday 2 July 2010

Surah An-Naml (Semut)

bismillahirahmanirahim.

secara ringkasnya surah ini menceritakan tentang:

1) kisah Nabi Musa yang diturunkan wahyu (ie: api yang marak dan tongkat bertukar menjadi ular) untuk ditunjukkan kepada si Firaun. Namun kaum itu mungkar atas arahan Allah.

2) kisah Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang terdiri daripada jin-jin dan haiwan. Di sini disebutkan tentang besarnya bala tentera tersebut sehingga sekumpulan semut menjadi takut dipijak oleh mereka.

3) kisah burung hud-hud membawa perkhabaran tentang Raja Balqis yang menyembah matahari. kisah Nabi Sulaiman menyeru mereka menyembah Allah. kisah istana kaca yang mana Balqis tertipu dengan kilauan air yang mana sebenarnya hanyalah kilauan kaca jernih. dari itu, Balqis pun menyembah Allah yang satu.

4) Kisah peringatan cerita tentang kaum Nabi Salleh dan Nabi Lut yang mana kaum2 mereka tidak mendengar seruan Allah lalu dibinasakan.

5) Peringatan yang mana hari kiamat itu akan datang juga. Jika seseorang itu beriman dengan hari kiamat, nescaya dia mempersiapkan dirinya untuk menghadapi waktu tersebut, melainkan dia tidak beriman.

6) beberapa ayat telah menekankan bahawasanya: tiada Tuhan melainkan Allah dan kepadanya kita mencari pertolongan dan bergantung harap.

Insha'Allah - selepas membacakan ayat-ayat ini - angin datang berderu-deru di luar tingkap dan hujan pun datang bertamu. Sejuk sungguh malam ini mendinginkan malam yang bahang.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Monday 3 May 2010

sudut bercerita

ketika saya di suatu pekan di pinggir bandar tokyo, seorang lelaki telah menegur saya dengan senyuman. bukan senang mahu ditegur oleh orang tempatan melainkan anda berambut kuning dan berkulit cerah.

ayat pertama dia katakan: 'anda muslim?'

saya angguk sambil tersenyum. dia tanyakan saya tahu bahasa jepunkah? saya katakan tidak. dia cuba berbahasa inggeris berpelatkan jepun. tapi saya faham isi kata beliau.

beliau katakan "stay as you are. orang Jepun sangat terbuka. mereka boleh terima orang yang memakai hijab. saya gembira kamu memakai hijab. jangan risau berjalan-jalan dengan hijab di Jepun. dan saya adalah seorang muslim"

saya pelik. saya tak pernah rasakan memakai tudung di Jepun suatu yang pelik. saya tidak rasakan mereka memandang saya pelik. sebab mungkin pada mereka saya bukan berambut perang berkulit cerah.

kecuali satu keadaan : terdapat dua orang kanak-kanak memandang saya dengan penuh tanda tanya. mungkin mereka rasakan saya berkepala botak sebab saya menutup kepala saya. pernah juga bila saya membeli shampoo, jurujual berkata 'botol ini boleh bertahan sehingga 6 bulan ke setahun." tidakkah mereka tahu rambut saya panjang oleh itu stok shampoo saya hanya bertahan hanya untuk 4 bulan?

saya bacakan artikel mengenai pemakaian tudung dan penutupan aurat di Jepun. Oleh kerana di Jepun masih belum ada kesedaran di kalangan penduduk tempatan, ramai muslim terpaksa membuka hijab kerana tidak mahu dikatakan kolot. ada juga yang digelarkan 'nun' kerana menutup aurat. mungkin kita sebagai muslim menjadi lebih terbuka dalam menyatakan keislaman terhadap masyarakat sekeliling. mungkin mereka tidak paham tapi mereka akan cuba untuk memberikan sokongan mereka terhadap kepercayaan kita.

hidup itu sebenarnya mudah bukan?

hisashiburi.

salam.

lama tak bernukilan di sini. sama ada saya sibuk ataupun tiada rasa mahu berkata-kata. banyak juga yang mahu saya katakan di sini tapi entahlah, mungkin seperti manusia lain, saya punya kehidupan yang perlu diteruskan.

dalam meniti hari yang semakin sibuk dengan perihal dunia, terkadang buat saya terfikir, apakah yang saya boleh lakukan untuk dunia? saya boleh selamatkan duniakah? dengan cara yang bagaimana?

orang kata - buat satu perkara yang kecil nescaya manfaatnya berbeda. jika bukan waktu sekarang, mungkin di kehidupan yang akan datang. hidupkah saya masa itu?

sejak kebelakangan ini saya punya tiada rasa untuk hidup. banyak kali juga saya rasakan sebegini. bukan rasa mahu mati, cuma saya rasa hidup saya tidak punya makna. sehari-hari hanyalah bertemankan dinding konkrit dan hiburan alpa tanpa sempadan buat saya berfikir, kalau saya mati nanti apa saya mahu jawab dengan Tuhan apa yang saya buat di atas muka bumi ini?

saya sentiasa fikirkan hidup saya senang. senang untuk makan, tidur, dan buat-buat sibuk dengan dunia. mungkin perkara begini buat saya tak mahu fikirkan manusia lain yang tak cukup makan, tidur dan sengsara. mungkin mereka yang buat nasib mereka begitu ataupun mungkinkah nasib yang membuat mereka menjadi begitu?

saya rasakan dunia ini sudah tidak selamat. tercatit di kitab yang satu bahawasanya ini sudah petanda akhirnya zaman. akan datangnya perang, akan datangnya dua makhluk dajal. saya tidak tahu, mungkin sebab saya rasakan jika saya tidak tahu maka saya tidak akan risau. tapi jika saya tidak risau nescaya saya akan jadi alpa.

itu yang saya tak mahu.

bagi saya, rumah adalah dunia saya yang paling selamat. oh, tidak juga. tapi tempat itulah yang paling 'selamat' dalam erti kata kehidupan saya. biarpun rasa sunyi itu tetap ada, tetapi pada saya rasa sunyi itu adalah muzik indah dalam hidup saya.

sewaktu kecil saya sering berfikir, kenapakah orang hidup menderita? kenapakah orang menanges duka? mengapakah mereka bersendirian? tidakkah itu rasanya seperti separuh mati?

tapi kini saya mungkin tahu jawapan kepada itu.
rasa sunyi itu mendekati mati.
mengingati mati itu suatu yang perlu untuk katakan pada diri yang hidup ini sebenarnya bertujuan.
hidup ini sebenarnya berperasaan.
kita perlu hargai sunyi untuk hargai rasa-rasa yang lain.
tanpa sunyi hidup itu tidak lengkap.

biarpun manusia di sekeliling saya sudah punya sesuatu ataupun seseorang dalam hidup mereka yang mereka tujukan untuk hidup, saya rasa cukuplah saya punya rasa sunyi untuk meneruskan hidup saya.

biarpun orang kata saya pelik, biarpun orang katakan saya bosan.
asalkan sunyi itu tidak jauh dari hidup saya.

oh saya lupa mahu kenalkan kawan kepada sunyi:

KETAWA.

Monday 4 January 2010

nasihat untuk stress

PENGURUSAN STRES MENGIKUT CARA ISLAM

Oleh: DATO' AIDIT BIN GHAZALI, PERUNDING UTAMA, AKADEMI AIDIT

---------------------------------------------------------------------



APAKAH ITU STRES?



Respons seseorang terhadap sesuatu tekanan yang wujud.



Tekanan ini mungkin sesuatu yang:

- wujud tanpa dicari.

- wujud sebab kita mencari.

- wujud sebab kita lemah.





DI MANA TERLETAK KELEMAHAN KITA SEHINGGA KITA BOLEH BERTINDAK

NEGATIF TERHADAP STRES?



- Kelemahan rohani.

- Kelemahan jasmani.

- Kelemahan akli.

- Kelemahan emosi.





APAKAH UKURAN-UKURAN UMUM KELEMAHAN 4 DIMENSI MANUSIA INI?



KELEMAHAN ROHANI

- Hubungan dengan Allah SWT rapuh.

- Akhlak kita buruk.



KELEMAHAN JASMANI

- Sering uzur dan lemah.

- Daif ekonomi.



KELEMAHAN AKLI

- Lembab fikiran.

- Jahil segi ilmu bermanfa'at.



KELEMAHAN EMOSI

- Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur tidak sihat.

- Mudah melayan sifat-sifat keji dalam diri sendiri.





APA YANG BERLAKU PADA JASAD KITA?



1. Kadar degupan jantung meningkat.

2. Teka

nan darah meningkat.

3. Otot-otot mengeras dan tension.

4. Proses penghadaman lebih perlahan.

5. Perut mengeluarkan lebih banyak asid.

6. Kolestrol dan lemak lebih menyerap dalam saluran darah.

7. Penafasan semakin cepat sebab paru-paru cuba menerima lebih

banyak oksigen.





APAKAH KESAN ATAS ROH KITA?



1. Lebih lemah.

2. Lebih mudah ditembusi dengan unsur-unsur jahat termasuk iblis dan

makhluk halus.

3. Lebih terdedah untuk melakukan mudarat ke atas pihak-pihak lain

dan diri sendiri.

4. Lebih kerap melakukan perbuatan yang menunjukkan sikap

memberontak kita terhadap Allah SWT.





TANDA-TANDA AMARAN STRES



1. KESAN TERHADAP JASMANI DAN KESIHATAN



-Kerap gigit bibir.

-Mulut dan tekak mudah kering.

-Kerap jilat bibir.

-Sering ketap gigi dan geraham.

-Jika ketapan ini berlaku ketika tidur, geraham akan rasa sakit atau

sengal.

-Menarik nafas lebih dari yang perlu, hingga membawa pada banyak

sendawa atau perut kembung.

-Menarik nafas secara pendek dan singkat disebabkan perasaan gusar.

-Mudah selsema, demam, sakit kepala, gastrik dan panas dalam dada.

-Tekanan darah meningkat.

-Lemak cepat berkumpul di bahagian perut.

-Nadi laju.

-Susah lelap untuk tidur.

-Mudah letih.

-Suka mengetuk-ngetuk meja dengan jari.

-Percakapan laju.

-Menggigit kuku.

-Kerap mengkebil mata.

-Mata atau kening mata sering bergerak.

-Ketawa tidak menentu.

-Suka menghentak lantai dengan kaki.

-Buang air besar tidak menentu.

-Kerap buang air kecil.

-Pusingan haid yang tidak menentu.



2. KESAN ATAS GAYA MAKANAN



-Kuat makan.

-Selera untuk gula-gula meningkat.

-Mudah hendak mendekati arak.

-Mirip untuk mengambil ubat-ubat yang bersifat dadah.





3. KESAN ATAS HUBUNGAN SESAMA MANUSIA



-Mudah membenci.

-Sukar hendak mempercayai orang lain.

-Hilang minat dalam hubungan kelamin.

-Sukar meni'mati keakraban.

-Lebih mudah berkonflik dengan ahli keluarga.

-Lebih mudah membuli mereka yang lebih muda atau lebih rendah

jawatan berbanding kita.

-Tidak selesa dalam majlis-majlis sosial.





4. KESAN A

TAS PERKARA-PERKARA YANG MUDAH DIBENCI



-Bunyi pintu ditutup dengan kuat.

-Bunyi telefon berdering.

-Bunyi wang syiling.

-Bunyi kunci.

-Suara orang lain mengeluh.

-Bunyi kertas bergesel.





5. KESAN ATAS EMOSI DAN SIKAP



-Bersikap negatif dan pesimis.

-Mudah sedih dan gusar.

-Terbawa-bawa dengan mimpi yang tidak baik.

-Hilang arah hidup.

-Merasa seolah-olah hidup tidak ada makna.

-Merasa bakhil.

-Tidak kasihan terhadap orang lain.

-Mudah tersinggung.

-Mudah bimbang.

-Sukar memberi tumpuan.

-Mudah merasa malu.

-Mudah merasa salah.

-Mudah merasa tercabar.

-Kurang sabar.

-Hilang maruah dan martabat diri.

-Mengelak berjumpa orang, pergi pejabat dan pergi majlis.





PENCERMINAN DALAM BAHASA TUBUH SEGI TANDA-TANDA STRES



-Bahu meninggi dari biasa.

-Kaedah bernafas bertukar dari normal menjadi lebih pendek.

-Tangan mudah menggigil.

-Pergerakan lebih laju dan lebih spontan dari biasa.

-Pergerakan bergegas tanpa tujuan jelas.

-Mengerut kening.

-Sentuhan leher atau dahi yang lebih kerap

dari biasa.

-Meniup angin dari mulut ke hidung, dengan bibir bawah terkeluar.

-Sekali sekala menarik nafas dengan dalam.

-Menggenggam tangan sambil bercakap.

-Lengan menyilang perut.

-Tangan tidak boleh berdiam.

-Buat kerja dengan gerakan bising.

-Kelipan mata yang lebih laju.

-Kurang senyum.





APA PENDIRIAN ISLAM DALAM MENGHADAPI MASALAH?



Mencegah adalah lebih baik dari menangani. Kata ulama': "Menutup

segala pintu yang membawa pada kerosakan."



Jika perlu pada menangani apabila masalah telah wujud, usaha

mencegah tetap berjalan serentak.





FORMULA 1O T



1. TADABBUR



Erti: Mendalami pemikiran tentang tajuk tertentu sampai pada tahap

menjadi lupa pada perkara yang lain.



Maksud yang diinginkan: Tadabbur Al-Qur'an yakni memahami, mendalami

dan menghayati isi kandungannya - dapat melahirkan ketenangan jiwa.





2. TAFAKKUR



Erti: latihan dalaman yang menghasilkan perkembangan pemikiran dan

ia adalah pengetahuan yang mendalam/ renungan/ memikirkan sesuatu.



Maksud yang diinginkan

: Tafakkur alam yakni merenung, memikirkan

tentang penciptaan alam - menghasilkan ketenangan jiwa.





3. TAWADDHU'



Erti: membasuh anggota-anggota khusus dengan tertib berserta niat.



Maksud yang diinginkan: mengambil wudhu' apabila berada dalam

keadaan stres - menghasilkan ketenangan jiwa.





4. TAQARRUB



Erti: mendekatkan diri.



Maksud yang diinginkan: mendekatkan diri kepada Allah SWT sehingga

dapat menduduki tempat yang terhormat dan mulia disisiNya dengan

cara mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya.





5. TAHAJJUD



Erti: bangun untuk solat malam.



Maksud yang diinginkan: mengorbankan ni'mat duniawi demi merai niat

menyembah Allah SWT.





6. TAKALLAM



Erti: berbicara/berkata-kata.



Maksud yang diinginkan: berbicara atau berkata-kata perkataan yang

baik dan diredhai Allah SWT.





7. TADZKIR



Erti: ingat.



Maksud yang diinginkan: mengingati Allah SWT dengan cara berzikir.





8. TAWAKKAL



Erti: berserah diri, mempercayakan diri atau mewakilkan.



Maksud yang diinginkan: memp

ercayakan diri kepada Allah SWT dalam

melaksanakan sesuatu pekerjaan, berserah diri di bawah

perlindunganNya pada waktu menghadapi kesukaran.





9. TADBIR



Erti: menguruskan sesuatu.



Maksud yang diinginkan: menguruskan kehidupan.





10. TASYKUR



Erti: berterima kasih.



Maksud yang diinginkan: berterima kasih kepada Allah SWT.





**Sumber: Diterima melalui kiriman e-mail daripada seorang sahabat.