Tuesday, 25 August 2009

titipan.kalam.Allah.satu.

Salam sejahtera.

Hajat saya sejak bermulanya Ramadhan pada tahun ini adalah untuk menghabiskan satu lot kalam Allah berserta penceritaan di sebaliknya. Saya sudah terlambat 6 juzuk; yakni 4 surah (tidak termasuk Al-Fatihah kerana saya pasti ramai yang tahu maksud tersurat dan tersirat) - Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa dan Al-Maidah.

Tergerak hati saya untuk menaipkan yang ini adalah pabila saya melihat terjemahan pada surah Al-Maidah yang menceritakan pelbagai kisah termasuklah:

1) sejarah Kaum Yahudi yang mahukan Palestin kerana pada zaman Nabi Musa, Allah SWT telah memberi perintah supaya mereka masuk ke Palestin yang terdiri daripada kaum yang gagah perkasa. Oleh kerana mereka takut, mereka berkata mereka hanya akan masuk ke Palestin jika kaum itu dihalau/tiada di kawasan itu. Oleh kerana mereka tidak berani berperang, kini mereka menggunakan teknik mengatakan kaum Palestin adalah pengganas dan menggunakan alasan itu untuk merampas Palestin yang 'dikatakan' hak milik mereka suatu ketika dahulu.

2) Mereka juga menolak kedatangan Nabi Isa dan Muhammad dengan mengatakan merekalah kaum terpilih dan yang paling disayangi Allah daripada manusia lain kerana banyak nabi diturunkan di kalangan daripada mereka, termasuklah Musa, Harun, Ilyas, Ilyasa', Yahya, Sulaiman dan Daud. Tapi Allah membidas kata-kata ini dengan turunnya ayat yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama, yang berbeda itu adalah iman masing-masing,

3) cara-cara menyembelih dan memakan daging yang halal seperti yang diperintahkan oleh Allah. Pengharaman pemburuan ketika di dalam ihram.

4) cara-cara berwudhu' dan bertayamum dengan betul.

5) kisah habil dan qabil yang mana sejarah pengkebumian pertama dicatatkan dalam sejarah manusia.

6) hukum hudud: bunuh dibalas dengan bunuh, dipalang jika mereka merampas dan dihalau keluar negeri jika mengganggu ketenteraman awam.

7) Allah tidak membenarkan sesekali kita mempersoalkan dan menyeleweng ayat-ayat Al-Quran dan hukum-hukum Allah demi kepuasan nafsu sendiri. Janganlah takut kepada yang lain selain dari Allah.

8) Allah memberi amaran supaya tidak berdamping rapat pada kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka adalah kaum yang menyeleweng kerana pada masa kini semuanya mahu hidup senang dan kebanyakan yang memberikan kemewahan adalah orang-orang dari kedua kaum ini. Maka, takutlah pada Allah daripada ketakutan miskin kerana tidak berdamping dengan mereka.

9) Allah menyatakan kekejaman yang dilakukan oleh kaum-kaum Yahudi; mereka mendustakan kata-kata Allah, mereka membunuh dan menidakkan ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul yang diturunkan di kalangan mereka dan mereka suka melakukan kerosakan di bumi. Perihal keburukan ini juga tekah dikatakan di dalam kitab Taurat, Zabir dan Injil.

10) Allah telah menyatakan bahawa terdapat penyelewangan tentang Isa Ibn Maryam yang dibawa pengikutnya yang menyatakan bahawa Isa dan Maryam itu adalah tuhan kedua daripada Allah. Sesungguhnya orang-orang itu adalah sesat.

Alhamdulillah. Ayat ini sedikit sebanyak telah menceritakan tentang kekufuran kaum yahudi dan nasrani yang masih wujud di muka bumi dam membuat kerosakan yang nyata. Saya tergerak hati menceritakan perihal ini untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan supaya sentiasa tidak kufur nikmat dan sentiasalah takut pada yang satu, iaitu Allah SWT.

Insha'Allah kita akan berkongsi cerita pada surah yang lain pula. Wallahua'lam.

Thursday, 21 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan.

Ustaz Erfino kata dating dibolehkan.
aku semacam bingung.

apakah?

dia kata berdating itu perlu, jika disertakan pengisian yang baik.
dia kata juga, zaman moden ni mana ade dah yang jumpa bakal suami masa akad nikah.

ok, aku faham.
maknanya dia suruh kenal-kenallah dengan bakal pasangan hidup.
tapi bukan di panggung wayang ataupun asyik nak keluar memanjang pagi-petang-siang-malam.
ini sudah lebeyh.

ustaz erfino seorang atase pendidikan di UK.
dia seorang sahaja yang memberi ceramah untuk kursus selama dua hari ini.
hari pertama - sesi pagi sahaja bercerita tentang pencarian pasangan hidup. bagaimana mahu mencari lelaki yang baik dan perempuan yang baik.

dari gaya-gayanya aku lihat ustaz agak berat untuk menyokong supaya berkahwin dengan mat salleh.
mungkin dia dah berpengalaman mengahwinkan dan memberi ceramah kaunseling pada pasangan-pasangan sebegini.

sesi tengah hari pula berkisarkan tentang tanggungjawab berkahwin dan kisah penceraian. Beliau menekankan isu penceraian kerana menurut statistik yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan agama di Malaysia, sebanyak 70,000 dan lebih kes penceraian dilaporkan bagi tahun 2007-2008 sahaja.

mungkin isu penceraian agak rumit dan amat penting bagi para si suami dan si isteri untuk senantiasa memikirkan tentang cerai-berai ini.

ustaz ada bercerita juga tentang istilah berkawan selepas bercerai. Beliau katakan istilah itu tidak timbul kerana si isterilah yang perlu menjadi kawan baik kepada si suami dan sebaliknya. Mengapa tika sebelum saat bercerai berkerat rotan berpatah arang tapi selesai sahaja jatuh talak tiba-tiba boleh berkawan baik? Manusia memang pelik.

untuk sesi hari kedua pula, para peserta dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Kemudian sesi Latihan Dalam Kumpulan dimulakan. Dari kes-kes yang dihujahkan, aku membuat kesimpulan bahawa kebanyakan kes penceraian adalah disebabkan oleh beberapa masalah, iaitu:

1) suami main kayu tiga. dan pabila si teman wanita inginkan kata-kata janji daripada si lelaki, dia pun katalah 'saya dah ceraikan dia' - jatuh cerai ataupun tidak?
2) si isteri bermain kayu tiga. si suami berjaya menangkap si isteri dengan lelaki lain di dalam satu bilik. boleh dikenakan li'an ataupun tidak?
3) si isteri tidak sekepala dengan keluarga suami. lebih-lebih lagi dengan mak mertua. apa peranan si suami?
4) si isteri tidak tahan dengan suami yang tidak memberi nafkah zahir. apa yang perlu si isteri buat?
5) si isteri didera oleh sang suami. bolehkah isteri lari dari rumah?

begitulah lebih kurangnya soalan-soalan yang dikemukakan. memang mencabar minda. siapa kata berkahwin itu mudah?

Ustaz juga telah memberikan beberapa nasihat kepada para peserta yang di antara lainnya adalah:
1) apabila kita sudah berbuat keputusan untuk berkahwin, maka kita telah redha untuk menerima cacat cela pasangan kita. Jika kita sudah commit, biar commit hingga ke akhirnya.
2) perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jika di sebaliknya yang berlaku, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah ternyata ingin menguji hamba-Nya yang bertaqwa.
3) bagi wanita - kesemua hak anda telah dinyatakan di dalam surah An-Nur. Baca dan fahamilah setiap hak tersebut. Kerana anda adalah insan yang teristimewa.
4) persiapkanlah diri untuk berkahwin. Berkahwin bila terasa sudah bersedia dan mempunyai calon. Jangan jadi manusia idealistik kerana tiada seorang pun manusia dalam dunia ini sempurna.

Mahu tahu? Kebanyakan peserta yang menghadiri kursus perkahwinan ini sama ada masih single dan tidak akan berkahwin dalam waktu yang terdekat. mana mahu carikan peserta-peserta yang begini di Malaysia?

Tuesday, 19 May 2009

ubat untuk orang sunyi..

Rasulullah s.a.w bersabda,....
"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dgn akhlak yg baik & dosa itu ialah perasaan bimbang dlm jiwa& engkau tidak suka keadan itu diketahui oleh orang lain"

adakah anda mempunyai beberapa kerat teman malangnya hanya dekat dihati tetapi jauh di mata? belum berumatangga? masih berstatus single? agaknya apa yang anda lakukan ketika bersendirian dihujung minggu?


kurangkan gelora hati anda tatkala sunyi dgn tip-tip berikut;

# urus hidup anda agar kelihatan sentiasa sibuk
# aktifkanlah hidup, bergaul dgn orang ramai, bina persahabatan baru # hiruk-pikukkan hidup anda dgn pelbagai kegiatan berfaedah
# usah terlalu banyak mendengar lagu-lagu mengusik jiwa
# usah relakan diri anda diperkotak-katikkan oleh diri sendiri kerna

masalah kejiwaan disebabkan faktor dalaman sendiri
# tontonlah cerita-cerita yg menggembirakan di tv dan yg boleh

membuatkan anda ketawa terbahak-bahak seperti Spongebobsquarepant'
'Oggy and coacroches'.
# isikan masa lapang anda dengan hobi baru seperti bersukan,
berjogging.
# rutinkan diri anda dgn amalan sunat misalnya membaca 'Al-Mathurat'

setiap pagi & petang dgn memahami maknanya.

Sememangnya sgt menenangkan jiwa dan perasan!!!

Monday, 18 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan

Sunday, 10 May 2009

permulaan hidup baru (bahagian satu)

nota: buat pembaca yang pernah mendengar yang ini, bacakan sahaja. penulis hanya mengulas apa yang didengar, dilihat dan dihadamkan.


cuba kamu bayangkan kamu berjalan si suatu lorong.

sila gunakan imaginasi luas kamu.

kamu berjalan-jalan tanpa henti. kamu pandang kiri kanan. kamu teliti sekeliling kamu. sila buat nota minda apa yang kamu lihat.

sudah?

di hujung jalan tersebut, kamu terlihat sebatang sungai. luasnya sungai itu, derasnya aliran sungai itu bergantung kepada apa yang fikirkan bila mana bacakan yang ini.

sila buat nota minda.

ok, fikirkan pula bagaimana mahu seberang sungai. guna kayukah? batukah? main lompat-lompatkah.

sila catat yang itu juga.

sudah sampai di seberang? di seberang sana kamu terlihatkan sebuah rumah. gambarkan rumah tersebut. besarkah? kecilkah? berapa pintu? berapa tingkap? tertutupkah atau terbuka luas?

sudah gambarkan?

bagus. apa warna rumah tersebut?

catitkan juga di minda.


sudah?

bagush shekali. nantikan bahagian kedua.

Tuesday, 24 February 2009

Perlukah nasihat drpd Wanita?

  1. Meminta nasihat dr seorg wanita? Bunyinya spt sesuatu yg buruk bagi seorg lelaki.
    Wanita dikenali sbg seorg yg emosi sedangkan lelaki sgt berbeza kerana lebih mengikut akal fikiran dlm bertindak. Tetapi andaian ini tidak selalunya tepa
  2. Agak normal mendapatkan nasihat dr seorg wanita mengenai hadiah yg ingin anda berikan kepada teman wanita atau sesiapa yg rapat dgn anda. Sebenarnya wanita agak unik, penuh misteri di sebalik kelembutan yg ditunjukkan. Carilah seorg kwn wanita utk anda meminta pendapat.
  3. Cara komunikasi yg dipraktikkan oleh lelaki yg suka cakap lepas memerlukan nasihat & pandangan wanita trutama utk menambat hati wanita lain. Sebahagian lelaki gagal berkomunikasi dgn baik mungkin terbiasa dgn budaya bercakap lepas dgn kawan2. belajarlah menghormati wanita melalui tutur kata spt memuji, menghormati & menyayangi. Hati wanita sgt lembut & halus walau sesetengah wanita dilihat kasar & keras perwatakan mereka.
  4. Mintalah pandangan wanita mengenai penampilan anda,soal rekaan & fesyen terkini. Wanita sgt arif tentang perkembangan fesyen & begitu up to date. Jika penampilan anda dipuji, siapa yg untung?
  5. Bergaduh dlm suatu perhubungan sgt biasa. Carilah seorang yg dipercayai, mintalah pendapat dr wanita matang yg benar2 arif tentang perasaan seorg wanita. Tidak salah anda berkongsi pendapat wanita kerana zaman sudah berubah begitu juga pemikiran & segala-galanya.

Sunday, 8 February 2009

di atas nama isteri

apabila anda berkahwin & mendapat ISTERI tetapi sebenarnya anda mendapat apa yg anda inginkan di dunia ini.
ISTERI andalah pasangan hidup, peneman anda & sahabat karib anda.
dia akan berkongsi setiap detik bersama anda, setiap hari & tahun2 mendatang. dia akan berkongsi kegembiraan & kesedihan anda, kejayaan & kegagalan anda, impian & ketakutan anda. jika anda sakit, dialah perawat terbaik anda. jika anda perlukan bantuan, dia akan menghulur apa yg terbaik.

jika anda punya rahsia, dia akan merahsiakan. jika anda perlukan nasihat, dia penasihat terbaik. dia senantiasa bersama anda; bangun pagi benda pertama di mata anda adalah dia; wpun tidak bersama secara fizikalnya, dia sentiasa memikirkan anda, sentiasa mendoakan anda jiwa raga; sebelum tidur wajah dialah benda terakhir yg anda lihat. sekalipun di dlm mimpi anda melihat kehadirannya.

pedek kata,dia akan menjadi dunia anda, anda jua menjadi dunianya.

"......dia akan menjadi pakaian kamu dan kamu akan menjadi pakaiannya" surah al-baqarah 2:187

pakaian ini jika ditafsirkan merujuk kpd perlindungan, keselesaan, sokongan & kesempurnaan.pakaian yg anda perlukan sepanjang menempuh rona-roni kehidupan duniawi & ukhrawi.

....dan dialah di atas nama ISTERI