Wednesday 10 December 2008

bila ibu tiada..

bila tiada aku punya batas waktu
aku sendiri merangka jadual
lelah juga aku dibuatnya
jadual bermula dr pagi smpai ke tgh mlm
menjadi ibu bukannye senang..
malah aku sendiri hampir mengalah
sabar aku menunggu mungkin mggu hadapan
tp bgku tugas ni akan aku pikul sampai akhir
selagi aku bernafas...

Thursday 4 December 2008

Dari Malaysia?

Sewaktu sedang mencari-cari parking kereta di hospital, ternampak sepasang orang tua sedang berjalan-jalan ke arah keretaku. Mereka pandang ke arahku sambil berbisik-bisik.

Aku sedar yang itu kerana aku nampak mereka berhenti seketika.

Aku pura-pura parking dengan sopan dan pura-pura lambat keluar dari kereta. tapi oleh kerana sudah lambat ke kelas, aku kena juga keluar.

Aku pandang mereka. Aku senyum. Mereka senyum. Aku beri salam.

Si ibu bertanya "Dari Malaysia?"

Aku senyum. "How do you know that?"

"We're from Cashmere" (nota: Orang Kashmir tidak pernah claimed mereka sebahagian daripada India)

"Malaysians are nice people" ujar si ibu.

Dalam perjalanan ke hospital, dia banyak bertanya pasal aku. Si ayah jalan di hadapan, curi-curi dengar, aku tahu.

Teringat perbualan di Lidl semalam. Seorang perempuan bermata biru mengucapkan Selamat Petang pada aku. Seronok juga berbual tentang tanah air sendiri.

Suka.

Ah! Kenapalah semua orang sedang bersuka ria di Malaysia sekarang?

apa ada pada hijab?

terbaca-baca sebuah blog seorang ibu yang sedih pabila orang mengatakan dia berlagak baik sedangkan anak-anak perempuannya tidak memakai tudung. Dalam counter arguments yang beliau catatkan yang diquote di bawah ini:

Tidak juga mudah bagi saya memaksa anak-anak saya menutup aurat kalau mereka masih menilai tiadanya keikhlasan orang-orang disekeliling mereka yang ramai MENUTUP AURAT namun mengaibkan dan mencemarkan imej MENUTUP AURAT itu sendiri seperti ;


1.TUTUP AURAT tetapi tidak mengerjakan solat..

2.TUTUP AURAT tetapi bercanda atau bercumbu-cumbuan dengan bukan muhrim, di tangga-tangga kompleks, dipanggung-panggung wayang, di taman bunga (sering melihat di Dataran Shah Alam) di bulan puasa ketika orang sedang solat magrib di masjid berhampiran.

3.TUTUP AURAT hanya nak menunjuk kepada orang tertentu (di pejabat sahaja atau di hadapan orang kampung) yang dia seolah-olah muslim wara' walhal di tempat lain aurat terdedah.(Lainlah sekiranya diwajibkan dan terpaksa menutup aurat di zon-zon menutup aurat tertentu seperti kaw.sek agama atau kaw.masjid).

4.TUTUP AURAT tetapi menghisap rokok di khalayak ramai

5.TUTUP AURAT tetapi mengadu domba

6.TUTUP AURAT tetapi berzina

7.TUTUP AURAT tetapi mencuri

8.TUTUP AURAT tetapi berbohong

9.TUTUP AURAT tetapi menderhaka kepada IBU BAPA

10.TUTUP AURAT tetapi percaya bomoh

11.TUTUP AURAT tetapi rasuah,riba makan harta anak yatim.

12.TUTUP AURAT tetapi suka mengata dan mengumpat, memaki, mengutuk.

13.TUTUP AURAT tetapi gemar menyebut-nyebut dan nampak-nampakan keaiban atau keburukan orang lain.

Beliau katakan tanpa tudung pun anak-anak beliau boleh jadi baik. Beliau juga katakan hijab itu bukanlah sesuatu yang fundamental tanpa perbuatan2 yang dikatakan ini.

Mungkin yang saya faham di sini adalah, jika hati baik tak pakai tudung pun tidak mengapa.

Ataupun saya PALING SAYA FAHAMKAN adalah: Hijab itu bukanlah sebuah lesen untuk anda berbuat maksiat ataupun berbuat baik.
----

Dulu saya pun pernah berpendapat sebegitu. Jika hati baik, solat tak tinggal kenapa mahu hairan. Perangai orang bukan dihisab berdasarkan hijab yang pertama-tamanya.

Atas sebab itu juga, saya pernah membuka tudung pada satu period dulu. Ramai yang menangis, ramai yang hampa. Ada yang sanggup terbang ke tempat saya belajar kini untuk kembalikan saya kepada diri saya yang dulu.

Ironi bukan?

Kerana sebelum saya membuka tudung itu, saya sudah telah meminta petunjuk pada yang ESA: apakah yang akan terjadi pada dunia ini jika saya tidak memakai tudung?

Alhamdulillah, Allah telah buka jalan keampuanan dan tunjukkan lubang-lubang hitam yang tidak patut saya jejaki. Alhamdulillah juga, kerana itu, saya kembali memakai tudung. Dan saya puas dengan zaman ujian saya.

----

Ada apa pada hijab? Kenapa persoalan skeptik seperti si ibu di atas sering kedengaran seperti orang yang tiada fundamental dalam jiwa Muslimnya? Saya pernah berblog tentang yang ini. Dan saya berani mengatakan muslim yang berada di negara Malaysia (yang dicop sebagai negara Islam) tidak dapat menghayati semangat Islam yang ditunjukkan di negara-negara Barat yang lain.

Kerana apa?

  • Menutup aurat itu sebab mematuhi nasihat keluarga.
  • Menutup aurat kerana malu dengan kawan/masyarakat sekeliling.
  • Menutup aurat kerana protokol seperti yang berlaku di UIAM ataupun Brunei.
  • Menutup aurat kerana lebih nampak ayu dan baik.

Untuk itu, maka terkeluarlah isu-isu yang dikatakan oleh si ibu tadi. Bertudung tapi tidak solat, berzina, hisap rokok, menderhaka.

Untuk itu, saya ingin tanyakan:

  • Berapa ramai yang menutup aurat juga menutup hati mereka kepada dunia luar?
  • Berapa ramai yang menutup aurat kerana malu ditatap oleh orang lain?
  • Berapa ramai yang menutup aurat kerana mahu keredhaan dari-Nya?

Mungkin saya juga tidak sampai pun dalam golongan yang ini.

----
Atas sebab-sebab ini jugalah saya kuat untuk membuka hijab saya dahulu. Atas sebab-sebab ini jugalah saya kini kembali berhijab dengan niat tiada siapa yang akan melihat saya sebagai simbol nafsu. Walaupun kini orang katakan saya kolot kerana tidak bertudung selempang. Mungkin juga tidak kena dengan gaya saya yang suka berfesyen.

Kini saya sudah tidak kisah. Kerana saya sudah lalui zaman-zaman itu.

----

Kini saya bertanya lagi, adakah anda puas, kerana menutup aurat iman anda sudah sempurna?
Ataupun harus saya katakan, adakah alasan tanpa menutup aurat adalah kerana anda merasakan iman anda telah sempurna?

Maaf, saya tidak mahu menyertakan hadis-hadis di sini kerana saya bukanlah seorang ilmuwan agama dan saya tidak berniat untuk tunjukkan saya jenis yang begitu.

Ingatlah, Islam itu merangkumi tatacara hidup. Islam itu sendiri sudah lengkap. Tidak lengkap iman seseorang jika dia tidak mengerjakan yang 5 dan yang 6. Itu asas yang perlu kita lakukan.

----

Berbalik kepada persoalan si ibu tadi, hanya doa dan nasihat sahaja yang boleh saya kirimkan untuk beliau. Semoga beliau mendapat hijrah rohani untuk keluarganya. Dan ini juga ditujukan khas untuk kita semua.

JZKK

Thursday 13 November 2008

karakter

aku selalu kata, kalau rindukan seseorang, tak pyh call, tak pyh text. berdoa saja.
Ingat, apa-apapun kita kena mengadu pada yang SATU. Dia lebih mendengar.

Ingat, jangan bergantung harap pada sesiapa. Kecuali DIA.

Ah! Stresslah kalau asyik fikir pasal hidup, pasal nak deal dgn org.

Mari baca yang ini?



Buku ni buku lama. Aku jumpa di surau dalam hospital. Tengah lepak-lepak tunggu asar, aku baca buku ni. Selalu kalau aku sedih, aku akan lepak di surau kecil ni duduk menung, mengadu apa-apa yang patut.

Tadi aku terbaca yang ini.



Hati yang tidak tenang akan buat roh kita tidak tenang. Kemudian, jadilah jiwa kacaulah, tak boleh tidurlah, terjaga tengah malam lah.

Mulai malam ni, aku nak tenang-tenangkan diri. Eh, tak. tak. Tak nak fikir banyak-banyak. Heh!

Tuesday 11 November 2008

terima hakikat

tidak suma yg kita sgka baik utk kita,sebenar-benarnya baik utk kita.
byk juga yg buruk tetapi rupa-rupanya ia amat baik bg kita.
malah mungkin org yg kita amat dambakan itu rupa-rupanya memberikan kita byk masalah.
bukan suma yg kita mahu sesuai utk kita.

org buruk bkahwin dgn org cantik, silap-silap dsangka guna-guna. org miskin bkawan dgn org kaya mungkin kaki bodek & gila harta.

jika kita tak diperlukan oleh seseorg, bawalah diri. jelas dia bukan terbaik utk kita.
org yg sedia melukakan hati kita tak mungkin dia akan tergila-gilakan kita.

jika anda berjaya memerangkap 'dia' tak mungkin dia turut 'gila' sebagaimana anda.apa jua dsekeliling kita tidak akan menjanjikan kebahagiaan buat kita.

ketahuilah yg dkatakan bahgia itu berada dlm diri kita sendiri.

Friday 31 October 2008

RAHSIA LIMA JARI

Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yg kecil & kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yg besar pada masa depan.

4.Then tengok jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dengan usia remaja..semuanya sweet..manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu diduga dgn cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.

5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & karier yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu jugak dengan kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dengan idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung la ibu jari..besar/gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari... nak gengam/pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat2 apa rujuk la kat org tua/berpengalaman.Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita.

Sunday 12 October 2008

teman akhir

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari,
Dia datangkn petir & kilat,
Kita menangis & tertanya-tanya ke mn mhilangnya sinar.
Rupa2nya, Allah nk hadiahkan kita pelangi”

Ia bagai menanti jambatan utk ke seberang. Kalau pjg jambatannya, jauhlah perjalanan kita. ada org cepat jodoh sebab jambatannya singkat.

Usia 25 thn belum lg terlewat. Nyatakanlah perasaan & keinginan anda dlm doa selepas solat. Allah itu Maha Pendengar. Wanita yg baik utk lelaki yg baik, sebaliknya wanita yg jahat utk lelaki yg jahat.
Biar lmbt jodoh asalkan mdpt Mr. Right & biar sorg diri drpd mjd mangsa lelaki yg tidak beriman kemudian nnt. Memang kita mudah mtafsir kehidupan. Kita slalu sangka, aku pasti bahgia kalau mdpt ini. Hakikatnya, apabila kita mendapat apa yg kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Bukan suma yg anda sangka mbahgiakn itu benar2 mbahgiakn.. bahgianya mungkin ada tapi deritanya juga dtg sm. Suma bnda pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan.
Ramai org menempah neraka sebaik melangkah kaki ke alam brumahtgga. Bukankh dgn ijabKabul.selain mhalalkn hubungan sex tggjwb yg tpaksa dpikul juga turut btambh?


Bukankh apabila anda gagal mlaksanaknnya, anda mbina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa rmaikh yg menyesali pkahwinan padahal dahulunya mereka bmati-matian mbina janj memupuk cinta ksih malah ada yg sanggup bkorban apa sj asal impian mjd nyata? Jika tidak sanggup bgelar isteri tidak usah kawin dulu. Jika merasakn diri blum cukup ilmu bgelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika blum bsedia utk bsabar dgn karenah ank2, carilah dulu kesabaran itu.

Jgn bkahwin dulu sbb kenyataannya ramai yg tidak bsedia utk mlangkah ttp telah mlompat akhirnya terjerumus & tidak jmpa akar bpaut.
Bkahwin itu indah & nikmat bg yg benar2 mengerti segala tuntutannya. Bkahwin itu sempadan dr ketidaksempurnaan insane kpd ksempurnaan insan.

Bkahwinlah demi Allah & Nabi-Nya, bukan kerna perasaan & mengikut kebiasaan. Jodoh usah tlalu drisaukn, tiba ms ia akan dtg mjemput. Namun perlu juga anda mbuka lorong-lorongnya agarjemputan itu mudah sampai.


“Kekayaan yg paling kaya adalah akal, kemiskinan yg paling besar adalah jahil, kburukan yg paling hodoh adalah sesat.”
Tak perlu mcari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman.
Mengapa mharap teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu diri mjd seteguh Ibrahim jika tak sekuat Sarah.
Mengapa didamba teman seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasullah s.a.w.
Tak guna ada mata kalu tak dpt melihat….tak guna ada hati kalu tak tahu menilai!

Friday 10 October 2008

kita yang mula

mari mulakan lumba..
berdiri kaki & berlari.
tapi ada yg berkuda.ada yg bermotor.
usaha melawan malas.degil melawan.
tanda kita berfikir.
kini pertaruhan menjadi bualan.
hangat bontot beralih angin.
aku penat menagih.
tangan yg kosong.
kini bergerak dr kaku.
bangun dr bangkit.buang kecewa terus berlumba.
kerana kita yang mula..

Monday 6 October 2008

Lelaki, Wanita dan ISLAM (bab 1)

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki.. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

'Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

mama bosan

Keputusannya:
Saya adalah seorang incredible Hulk

























Hulk
85%
Green Lantern
75%
Robin
67%
Wonder Woman
57%
Superman
55%
The Flash
55%
Iron Man
50%
Supergirl
42%
Spider-Man
40%
Catwoman
40%
Batman
30%
You are a wanderer with
amazing strength. (Saya adalah seorang pemarah (wanderer = pemarah? :))) dengan kekuatan yang sungguh luar biasa)


Click here to take the Superhero Personality Quiz

*Ibu saya kata saya adalah seorang yang panas baran. kesian bakal suami saya dan bakal anak-anak saya nanti. Mesti diorang kata saya mcm incredible HULK :))

manusia yang pelupa

He went missing!

__________________________________________________

Name: Ramadhan
Last day seen: after Eid Prayer
Rewards for seeing him: You'll be granted a huge rewards by Allah SWT

__________________________________________________

Aku ke masjid semalam. Tiada orang. Kosong. Tidak seperti bulan Ramadhan yang lepas. Hmmm... kosong ye?

Aku rindukan Ramadhan. Tika itu aku merasakan iman aku sangat kuat. Pabila aku melihat masjid itu sebagai rumah keduaku. Dan alhamdulillah aku masih melihat yang itu.

Tapi aku rasakan iman aku sudah tidak berapa kuat. Tanya diri anda sendiri. Berapa muka surat Quran telah dibelek dan dibaca hari ini? Lihat pula solat yang ada. Sudah berbuatkah yang sunat? Lengkapkah yang wajibul itu di awal waktu?

Ye, aku seorang manusia yang alpa. Yang sangat cintakan duniawi. Dan aku bukan keseorangan.

Seorang sahabat datang mengadu mimpikan dia mati. Dan dia takut akan rasa itu. Aku dengan tanpa rasa bersalah berkata...

"hati kau banyak rana' - banyak sangat hal dunia. Dan Allah bencikan manusia yang seperti ini."

Are you what you are? Did you do what you preached? - kata seseorang yang suka berdebat denganku. Suka bertanya seakan aku adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Tapi aku tahu dia sukakan provokasi.

Aku senyum. Dan aku menjawab:-

"Kita ini manusia. Manusia ini zahiriahnya bersifat pelupa. Kerana itu kita memerlukan manusia lain. Untuk sama-sama mengingati. Kata-kata memang senang diluahkan. Tiada modal apa-apa pun untuk itu. Perbuatan itu penting. Itu yang mengesahkan kata-kata anda. Saya tidak percayakan kata-kata, walaupun ianya penting. Semacam kamu memberikan duit deposit untuk sesuatu barang, mesti kamu mahu melihat barang itu di depan mata kamu sebelum kamu membayar duit yang selebihnya bukan? samalah seperti kata-kata dan perbuatan"

Syawal ini membuatkan kita lupa pada Ramadhan. Sedikit demi sedikit. Dan ia akan berlaku lagi tahun ini. Sempatkah kita berjumpa dengannya tahun depan?

Ah,manusia pelupa ini.

Wednesday 1 October 2008

Diari Syawal Part 2

Hari ini dah masuk hari yang kedua kami beraya di UK.
Seronok? Bolehlah...

Tapi penat sahaja yang dapat. Tapi tak mengapalah, yang penting semua pun gembira.

Dapat juga beraya 6 buah rumah pada raya pertama. Raya kedua terus demam. Tapi sempat juga beraya 2 buah rumah.

Nak bercerita, tapi tak reti nak bercerita. Keseluruhannya, makanan Raya memang menepati jangkaan. Almaklumlah, yang memasak chef-chef belaka. Tu yang sampai sakit tu.

Untuk hari yang akan datang, kena membuat rumah terbuka pula, kemudian pergi beraya sakan. Minggu ni memang malas untuk bekerja di makmal. Biarlah, raya setahun sekali.

Buat yang di Malaysia pun tak beraya sakan macam ni. Alhamdulillah, dapat juga niat nak beraya di perantauan. Masuk tahun ni sudah 3 kali beraya. Seronok, memang seronok.

Esok raya ketiga, harus menerjah ke rumah-rumah keluarga yang belum diziarah. Tak dapat duit raya pun takpela, yang penting adalah untuk merapatkan silaturahim bukan?

Sudah kering idea untuk bercerita. Saya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya, dan semoga berbahagia selalu. ;) kepada diri saya dan keluarga. Orang lain tak yah :))

Monday 29 September 2008

Diari Syawal 2008 Part 1

Alhamdulillah, Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Walaupun hati terasa mahu seperti raya hari ini (hari Selasa), tapi minda dan jasad semacam tidak mahu bersedia untuk beraya. Pertamanya kerana badan sangat penat semalaman kurang lena tidur. Keduanya, kerja di makmal sangatlah bertimbun minta diselesaikan. Oleh kerana kita berkerja dengan benda hidup, makanya kita tidak boleh tinggalkan makmal sesuka hati ye tak?

Nasib baik si penyelia paham tentang hari yang satu ini. Takpela, take one day off. Kalau saya nak dua hari boleh tak? Badan saya nak adjust sikit ni...

Tadi lepas sahaja pulang dari makmal awal, terus aku mencari ayam dan daging di bandar. Hampa, ayam tiada, daging lagilah si pak-pak Arab dah sapu. Macam tahu-tahu je esok nak raya. Pastu balik, terus tido. Dalam tidur tu, boleh pulak termimpi ayam goreng (teringat pula Upin dan Ipin). Terus terbangun lalu ke kedai halal yang lain. Misi mencari ayam ternyata berjaya walaupun dapat sikit saja. Catuan ayam kata si Abu Ziyad. Tak apelah, kita makan sikit-sikit ye?

Kemudian balik ke rumah, adalah pula kawan minta ajarkan masak nasi kerabu. Pelik, kan? Orang Kelantan minta orang Selangor/KL ini mengajar bagaimana hendak membuat nasi kerabu. Alhamdulillah, ajak juga yang bukan Islam datang join makan. Terharu pula bila mereka katakan, "OMG, this is delicious!" sambil tambah nasi 4 kali :))

Penat tau nak buat Nasi Kerabu ni...

Lepas entertain mereka selepas iftar, berkejar pula ke masjid. Hajat di hati mahu menyertai majlis khatam Quran oleh muslimat Melayu Dundee, tapi dah terlambat. Takpela, solat Isha' secara berjemaah pun takpe. Cuma yang ada malam ini adalah dari Malaysia dan beberapa makcik Arab. Yang lain, kosong.

Kemudian kami bertakbir dari rumah ke rumah. Dapatlah minum secawan teh dan kudapan yang ada. Perut sudah kenyang dengan nasi kerabu tadi. Mengajak juga sister dari Kazakhstan bertakbir bersama. Habis dua rumah, kami lepak di rumah Liyana sambil merasa kuih raya dari Malaysia. Sambil minum kopi dan kuih raya. Dapat juga sebalang kuih sarang semut Liyana buatkan. Terharu betul!

Untuk esok pula, kami sudah sepakat untuk solat raya pada pukul 7.45 pagi kerana ramai yang mahu ke kelas. Zaty pula akan datang dari St.Andrews awal-awal pagi membawa ketupat dan rendang. Maka, di rumah ini perlu membuat kuah kacang la kan? Baru lengkap. Esok juga, selepas solat raya, kami akan mengajak sister-sister yang takde keluarga ni beraya rumah kami. Dan kemudian itu akan bergerak ke Aberdeen beraya pula. Macam-Macam.

Saya mahu update flickr saya, nanti saya update lagi ok?

Yang sangat penat,
Ms Cherita Cerithi

Sunday 28 September 2008

mari kita makan?


Tertidur petang tadi, bangun sahaja dah nak masuk Maghrib.
Tengok-tengok peti sejuk, takde apa yang boleh dimakan.
Sib baik tadi pergi ke Chinese Supermarket beli barang-barang mentah untuk raya.
Teringat pula nak buat nasi kerabu.
Tapi bila teringat pewarna biru diletakkan kat rumah orang lain, terus ubah resipi jadi nasi goreng kerabu, bukan susah sangat pun.
Lepas je maghrib, terus memasak.
Untuk orang bukan kelantan dan tak reti masak kerabu merabu ni, kira ini percubaan yang berjayalah. Siap ada telur masin lagi tu.

Nak tahu resipi? Senang aje:

Beras, 2 cawan - dimasak hingga kering
Hiris halus serai, kacang panjang, cili besar, cili padi (ikut nak pedas mana)
Potong dadu bawang besar
Potong dadu isi ayam
Celur taugeh
Perlukan sekotak pes sambal nasi kerabu (dari Thailand, tetiba terjumpa yang ini di kedai Cina tadi)
__________________________________________________________________

Tumis pes sambal nasi kerabu. Masukkan sos tiram.
Masukkan ayam, gaul selama 5 minit dalam api sederhana.
Masukkan semua ulam2an (yang dihiris tadi) dan taugeh - gaul rata.
Masukkan nasi. Tutup api, dan gaul sehingga sebati.

Rebus telur masin, potong dua.

Voila! Dalam 10 minit dah dapat nasi goreng kerabu yang sedap mcm kat gambar di atas.

*saya suka! saya suka!* :)

Wednesday 24 September 2008

Kerjaya dan anda

Aku melihat-lihat profil seorang kawan sekelas semasa di Universiti dulu. Aku jejaki beliau sehingga perkembangan terbarunya.

Dia suka menulis, sangat suka menulis. Buku itu temannya, penulisan itu rakan karibnya. Tapi kegemarannya itu terlalu sarat buat mindaku. Mungkin kerana dia genius, ataupun kerana pemikirannya tidak seperti tipikal yang lain.

Aku fikirkan dia ini boleh jadi akan menjadi seorang yang kaya suatu hari nanti. Mungkin dengan penulisannya itu. Ah! Dia sudah pun kaya, mahu apa lagi dengan menambah kekayaan?

Bila fikirkan tentang dia ini, teringat bicara aku bersama teman suatu masa dulu. Kerjaya memilih anda ataupun anda memilih kerjaya?

Bagi aku, kedua-duanya bukan jawapan yang persis. Pada aku, amat jarang seseorang itu tahu apa yang dia akan jadi pada umurnya pertengahan 20-an. Aku katakan begitu kerana mengikut purata umur selepas keluar Universiti (sama ada berskrol atau tidak), para graduan akan memulakan kerjaya mereka pada saat umur 21-26 tahun, bergantung setinggi mana peringkat pelajaran mereka. Bagi yang tidak mahu belajar lagi, mungkin kemahiran teknikal lebih mengujakan jiwa. Tapi, itukah kerjaya tetap anda?

Aku bukan mahu berbicarakan tentang needs and interest. Aku sedang mempersoalkan tentang kerjaya dan personaliti mereka. Dan bagaimana mereka dapat memilih kerjaya itu, bukan hanya kerana minat dan keperluan, tapi disebabkan personaliti. Ramaikan yang kita dengar orang bertukar-tukar kerja kerana tidak kena dengan jiwa? Itu kerana kurang minat ataupun tidak perlu? Aku rasakan ianya disebabkan oleh personaliti.

Aku sering bertanya ini kepada jiwa dewasa aku, "Bagaimana seseorang itu boleh mengekalkan profesion yang sama sehingga ke saat pesaraan mereka?" Aku tidak boleh bayangkan hidup sebegitu. Yang hidupnya hanya berkait dengan perihal kerja, yang takkan habis sampailah kita mati. Tapi aku mungkin dapat ketemu jawabnya. Mungkin personaliti itu yang memainkan peranan.

Ambil kira saintis yang paling dekat. Kebanyakan yang mahu menjadi saintis kerana mereka tidak suka keluar berjumpa dengan orang ramai. Jiwa mereka lebih terbuka pada diri mereka dan orang-orang sekeliling mereka. Itu sahaja. Pastinya ada cara untuk menghiburkan mereka pabila duduk seharian di makmal. Anda namakan saja.

Berlainan pula dengan doktor. Mereka lebih peramah, kerana mereka akan bertemu orang ramai saban hari. Komunikasi adalah kunci penting dalam kerjaya mereka. Jika mereka tidak sukakan yang itu, mereka boleh sahaja bekerja di bilik mayat, ataupun bidang patologi. Apa-apapun, personaliti mereka yang 'memilih' kerjaya mereka.

Orang katakan surgeons itu heartless. Masakan tidak, mahu saja mereka menangis jika sesebuah pembedahan itu gagal. Tapi bila difikirkan balik, personaliti mereka yang kadang-kadang nampak seperti hati batu yang membentuk mereka supaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Bagi yang berumur 23-28 tahun (kawan aku bilang ini zaman tidak tahu/tidak mahu untuk memilih/berbuat apa-apa), memang kita memilih kerjaya kerana terpaksa. Mungkin kerana keperluan, desakan keluarga, pilihan masyarakat atau tiada pilihan langsung. Sedang belajar perubatan, tapi tidak mahu menjadi doktor. Di tahun 4 dentistry, tapi mahu jadi bakery. Anda tahukah? Jika anda mahu jadi bakery, anda sudah lama gagal di tahun pertama anda. Mungkin personaliti anda itu yang mengatasi minat dan cita-cita anda.

Bagi aku, belajar PhD itu satu pilihan. Menjadi seorang pensyarah menjadi satu keperluan. Bekerja di makmal pula adalah suatu paksaan. Itu bukan aku, bukan?

Monday 22 September 2008

Sahaja Aku...

Alhamdulillah, kita sudah memasuki ke sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan. Aku pasti ramai sahaja yang berebut-rebut untuk menjejaki ke masjid. Merebut malam Lailatul-Qadar. Malam ke-21 sudahpun berlalu. Banyak bicara yang aku dengar-dengar pada malam itu. Selepas sahaja berbuka puasa, ada sedikit tazkirah mengenai perkara ini.

"Di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadr adalah malam itu terasa mengantuk yang teramat. Malam yang dingin, tapi tak berapa sejuk dan keesokan harinya matahari semacam redup sahaja"

Oh! Mcm tu rupanya. Masa malam tu lena sahaja tidur walaupun tidur pada pukul 4 pagi. Tak tahulah samada penat tak tidur hari semalamnya ataupun penat membuat kuih raya. You tell me.
Selalunya untuk tidur di tempat orang sangatlah susah. Tapi malam itu, lena.

Bangun sahaja pagi, cahaya matahari memancar masuk ke tingkap bedsit kawan aku itu. Cantik. Tak panas, tak sejuk. Semacam yang diberitahu oleh sahabat semalam. Kawan juga berkata semalam pabila hendak menunaikan solat taubat, dia rasakan mengantuk yang amat. Dan paginya, lihatlah! Ke carboot tidak perlu berkot bagai. Apakah itu maksudnya....?

Tapi semalam aku penat. Sangat penat. Tidur yang selalunya 8 jam hanya sempat diisi separuh saja. Tapi aku niat sahaja, jika malam itu adalah malam Lailatul-Qadr, aku sudah buat apa yang termampu. Di Utusan Malaysia pun ada bicara tentang ini juga. "Jika puasa jatuh hari Isnin, perkiraan para bijak pandai mengatakan malam Lailatul-Qadr akan jatuh pada malam ke-21. That explains kenapa masjid penuh malam itu.

Malam itu juga sempat menunaikan zakat. Alhamdulillah, tahun ini tahun pertama aku berzakat. Sudah kerja, sudah menanggung keluarga (or sort of) - jadi mestilah membayar zakat, walaupun aku tahu abah akan membayarnya juga. Tidak mengapalah, zakat itu penyuci harta bukan?

"Sahaja aku menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ini kerana Allah Taala"

Menggeletar lubuk hati menyebut yang itu. Terasa syahdu. Sudah mengucapkan Salam Raya pada sahabat yang mahu pulang ke Malaysia untuk beraya bersama keluarga. Nak ikut boleh? Saya mahu beraya juga. Cehhh... kata 3 tahun tak mahu balik... Cakap tarak serupa bikin. Salahkan orang yang di Malaysia itu ya? Mereka yang suruh saya balik tapi tak reti-reti nak support ticket kapal terbang. Cettt...

Malam ini akan menjadi malam ke-23. Balik ke itenerary asal, iktikaf di masjid.

Moga kita dapat berjumpa dengan Lailatul-Qadr kita ok? Insha'Allah...