Thursday 21 May 2009

Kursus Pra-Perkahwinan.

Ustaz Erfino kata dating dibolehkan.
aku semacam bingung.

apakah?

dia kata berdating itu perlu, jika disertakan pengisian yang baik.
dia kata juga, zaman moden ni mana ade dah yang jumpa bakal suami masa akad nikah.

ok, aku faham.
maknanya dia suruh kenal-kenallah dengan bakal pasangan hidup.
tapi bukan di panggung wayang ataupun asyik nak keluar memanjang pagi-petang-siang-malam.
ini sudah lebeyh.

ustaz erfino seorang atase pendidikan di UK.
dia seorang sahaja yang memberi ceramah untuk kursus selama dua hari ini.
hari pertama - sesi pagi sahaja bercerita tentang pencarian pasangan hidup. bagaimana mahu mencari lelaki yang baik dan perempuan yang baik.

dari gaya-gayanya aku lihat ustaz agak berat untuk menyokong supaya berkahwin dengan mat salleh.
mungkin dia dah berpengalaman mengahwinkan dan memberi ceramah kaunseling pada pasangan-pasangan sebegini.

sesi tengah hari pula berkisarkan tentang tanggungjawab berkahwin dan kisah penceraian. Beliau menekankan isu penceraian kerana menurut statistik yang dikeluarkan oleh jabatan-jabatan agama di Malaysia, sebanyak 70,000 dan lebih kes penceraian dilaporkan bagi tahun 2007-2008 sahaja.

mungkin isu penceraian agak rumit dan amat penting bagi para si suami dan si isteri untuk senantiasa memikirkan tentang cerai-berai ini.

ustaz ada bercerita juga tentang istilah berkawan selepas bercerai. Beliau katakan istilah itu tidak timbul kerana si isterilah yang perlu menjadi kawan baik kepada si suami dan sebaliknya. Mengapa tika sebelum saat bercerai berkerat rotan berpatah arang tapi selesai sahaja jatuh talak tiba-tiba boleh berkawan baik? Manusia memang pelik.

untuk sesi hari kedua pula, para peserta dibahagi-bahagikan kepada 5 kumpulan kecil. Kemudian sesi Latihan Dalam Kumpulan dimulakan. Dari kes-kes yang dihujahkan, aku membuat kesimpulan bahawa kebanyakan kes penceraian adalah disebabkan oleh beberapa masalah, iaitu:

1) suami main kayu tiga. dan pabila si teman wanita inginkan kata-kata janji daripada si lelaki, dia pun katalah 'saya dah ceraikan dia' - jatuh cerai ataupun tidak?
2) si isteri bermain kayu tiga. si suami berjaya menangkap si isteri dengan lelaki lain di dalam satu bilik. boleh dikenakan li'an ataupun tidak?
3) si isteri tidak sekepala dengan keluarga suami. lebih-lebih lagi dengan mak mertua. apa peranan si suami?
4) si isteri tidak tahan dengan suami yang tidak memberi nafkah zahir. apa yang perlu si isteri buat?
5) si isteri didera oleh sang suami. bolehkah isteri lari dari rumah?

begitulah lebih kurangnya soalan-soalan yang dikemukakan. memang mencabar minda. siapa kata berkahwin itu mudah?

Ustaz juga telah memberikan beberapa nasihat kepada para peserta yang di antara lainnya adalah:
1) apabila kita sudah berbuat keputusan untuk berkahwin, maka kita telah redha untuk menerima cacat cela pasangan kita. Jika kita sudah commit, biar commit hingga ke akhirnya.
2) perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jika di sebaliknya yang berlaku, sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah ternyata ingin menguji hamba-Nya yang bertaqwa.
3) bagi wanita - kesemua hak anda telah dinyatakan di dalam surah An-Nur. Baca dan fahamilah setiap hak tersebut. Kerana anda adalah insan yang teristimewa.
4) persiapkanlah diri untuk berkahwin. Berkahwin bila terasa sudah bersedia dan mempunyai calon. Jangan jadi manusia idealistik kerana tiada seorang pun manusia dalam dunia ini sempurna.

Mahu tahu? Kebanyakan peserta yang menghadiri kursus perkahwinan ini sama ada masih single dan tidak akan berkahwin dalam waktu yang terdekat. mana mahu carikan peserta-peserta yang begini di Malaysia?

No comments: