Tuesday 25 August 2009

titipan.kalam.Allah.satu.

Salam sejahtera.

Hajat saya sejak bermulanya Ramadhan pada tahun ini adalah untuk menghabiskan satu lot kalam Allah berserta penceritaan di sebaliknya. Saya sudah terlambat 6 juzuk; yakni 4 surah (tidak termasuk Al-Fatihah kerana saya pasti ramai yang tahu maksud tersurat dan tersirat) - Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa dan Al-Maidah.

Tergerak hati saya untuk menaipkan yang ini adalah pabila saya melihat terjemahan pada surah Al-Maidah yang menceritakan pelbagai kisah termasuklah:

1) sejarah Kaum Yahudi yang mahukan Palestin kerana pada zaman Nabi Musa, Allah SWT telah memberi perintah supaya mereka masuk ke Palestin yang terdiri daripada kaum yang gagah perkasa. Oleh kerana mereka takut, mereka berkata mereka hanya akan masuk ke Palestin jika kaum itu dihalau/tiada di kawasan itu. Oleh kerana mereka tidak berani berperang, kini mereka menggunakan teknik mengatakan kaum Palestin adalah pengganas dan menggunakan alasan itu untuk merampas Palestin yang 'dikatakan' hak milik mereka suatu ketika dahulu.

2) Mereka juga menolak kedatangan Nabi Isa dan Muhammad dengan mengatakan merekalah kaum terpilih dan yang paling disayangi Allah daripada manusia lain kerana banyak nabi diturunkan di kalangan daripada mereka, termasuklah Musa, Harun, Ilyas, Ilyasa', Yahya, Sulaiman dan Daud. Tapi Allah membidas kata-kata ini dengan turunnya ayat yang menyatakan bahawa semua manusia adalah sama, yang berbeda itu adalah iman masing-masing,

3) cara-cara menyembelih dan memakan daging yang halal seperti yang diperintahkan oleh Allah. Pengharaman pemburuan ketika di dalam ihram.

4) cara-cara berwudhu' dan bertayamum dengan betul.

5) kisah habil dan qabil yang mana sejarah pengkebumian pertama dicatatkan dalam sejarah manusia.

6) hukum hudud: bunuh dibalas dengan bunuh, dipalang jika mereka merampas dan dihalau keluar negeri jika mengganggu ketenteraman awam.

7) Allah tidak membenarkan sesekali kita mempersoalkan dan menyeleweng ayat-ayat Al-Quran dan hukum-hukum Allah demi kepuasan nafsu sendiri. Janganlah takut kepada yang lain selain dari Allah.

8) Allah memberi amaran supaya tidak berdamping rapat pada kaum Yahudi dan Nasrani kerana mereka adalah kaum yang menyeleweng kerana pada masa kini semuanya mahu hidup senang dan kebanyakan yang memberikan kemewahan adalah orang-orang dari kedua kaum ini. Maka, takutlah pada Allah daripada ketakutan miskin kerana tidak berdamping dengan mereka.

9) Allah menyatakan kekejaman yang dilakukan oleh kaum-kaum Yahudi; mereka mendustakan kata-kata Allah, mereka membunuh dan menidakkan ajaran yang dibawa oleh rasul-rasul yang diturunkan di kalangan mereka dan mereka suka melakukan kerosakan di bumi. Perihal keburukan ini juga tekah dikatakan di dalam kitab Taurat, Zabir dan Injil.

10) Allah telah menyatakan bahawa terdapat penyelewangan tentang Isa Ibn Maryam yang dibawa pengikutnya yang menyatakan bahawa Isa dan Maryam itu adalah tuhan kedua daripada Allah. Sesungguhnya orang-orang itu adalah sesat.

Alhamdulillah. Ayat ini sedikit sebanyak telah menceritakan tentang kekufuran kaum yahudi dan nasrani yang masih wujud di muka bumi dam membuat kerosakan yang nyata. Saya tergerak hati menceritakan perihal ini untuk mengingatkan diri saya dan rakan-rakan supaya sentiasa tidak kufur nikmat dan sentiasalah takut pada yang satu, iaitu Allah SWT.

Insha'Allah kita akan berkongsi cerita pada surah yang lain pula. Wallahua'lam.

No comments: