Friday 2 July 2010

Surah An-Naml (Semut)

bismillahirahmanirahim.

secara ringkasnya surah ini menceritakan tentang:

1) kisah Nabi Musa yang diturunkan wahyu (ie: api yang marak dan tongkat bertukar menjadi ular) untuk ditunjukkan kepada si Firaun. Namun kaum itu mungkar atas arahan Allah.

2) kisah Nabi Sulaiman dan bala tenteranya yang terdiri daripada jin-jin dan haiwan. Di sini disebutkan tentang besarnya bala tentera tersebut sehingga sekumpulan semut menjadi takut dipijak oleh mereka.

3) kisah burung hud-hud membawa perkhabaran tentang Raja Balqis yang menyembah matahari. kisah Nabi Sulaiman menyeru mereka menyembah Allah. kisah istana kaca yang mana Balqis tertipu dengan kilauan air yang mana sebenarnya hanyalah kilauan kaca jernih. dari itu, Balqis pun menyembah Allah yang satu.

4) Kisah peringatan cerita tentang kaum Nabi Salleh dan Nabi Lut yang mana kaum2 mereka tidak mendengar seruan Allah lalu dibinasakan.

5) Peringatan yang mana hari kiamat itu akan datang juga. Jika seseorang itu beriman dengan hari kiamat, nescaya dia mempersiapkan dirinya untuk menghadapi waktu tersebut, melainkan dia tidak beriman.

6) beberapa ayat telah menekankan bahawasanya: tiada Tuhan melainkan Allah dan kepadanya kita mencari pertolongan dan bergantung harap.

Insha'Allah - selepas membacakan ayat-ayat ini - angin datang berderu-deru di luar tingkap dan hujan pun datang bertamu. Sejuk sungguh malam ini mendinginkan malam yang bahang.

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

No comments: