Monday 29 September 2008

Diari Syawal 2008 Part 1

Alhamdulillah, Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Walaupun hati terasa mahu seperti raya hari ini (hari Selasa), tapi minda dan jasad semacam tidak mahu bersedia untuk beraya. Pertamanya kerana badan sangat penat semalaman kurang lena tidur. Keduanya, kerja di makmal sangatlah bertimbun minta diselesaikan. Oleh kerana kita berkerja dengan benda hidup, makanya kita tidak boleh tinggalkan makmal sesuka hati ye tak?

Nasib baik si penyelia paham tentang hari yang satu ini. Takpela, take one day off. Kalau saya nak dua hari boleh tak? Badan saya nak adjust sikit ni...

Tadi lepas sahaja pulang dari makmal awal, terus aku mencari ayam dan daging di bandar. Hampa, ayam tiada, daging lagilah si pak-pak Arab dah sapu. Macam tahu-tahu je esok nak raya. Pastu balik, terus tido. Dalam tidur tu, boleh pulak termimpi ayam goreng (teringat pula Upin dan Ipin). Terus terbangun lalu ke kedai halal yang lain. Misi mencari ayam ternyata berjaya walaupun dapat sikit saja. Catuan ayam kata si Abu Ziyad. Tak apelah, kita makan sikit-sikit ye?

Kemudian balik ke rumah, adalah pula kawan minta ajarkan masak nasi kerabu. Pelik, kan? Orang Kelantan minta orang Selangor/KL ini mengajar bagaimana hendak membuat nasi kerabu. Alhamdulillah, ajak juga yang bukan Islam datang join makan. Terharu pula bila mereka katakan, "OMG, this is delicious!" sambil tambah nasi 4 kali :))

Penat tau nak buat Nasi Kerabu ni...

Lepas entertain mereka selepas iftar, berkejar pula ke masjid. Hajat di hati mahu menyertai majlis khatam Quran oleh muslimat Melayu Dundee, tapi dah terlambat. Takpela, solat Isha' secara berjemaah pun takpe. Cuma yang ada malam ini adalah dari Malaysia dan beberapa makcik Arab. Yang lain, kosong.

Kemudian kami bertakbir dari rumah ke rumah. Dapatlah minum secawan teh dan kudapan yang ada. Perut sudah kenyang dengan nasi kerabu tadi. Mengajak juga sister dari Kazakhstan bertakbir bersama. Habis dua rumah, kami lepak di rumah Liyana sambil merasa kuih raya dari Malaysia. Sambil minum kopi dan kuih raya. Dapat juga sebalang kuih sarang semut Liyana buatkan. Terharu betul!

Untuk esok pula, kami sudah sepakat untuk solat raya pada pukul 7.45 pagi kerana ramai yang mahu ke kelas. Zaty pula akan datang dari St.Andrews awal-awal pagi membawa ketupat dan rendang. Maka, di rumah ini perlu membuat kuah kacang la kan? Baru lengkap. Esok juga, selepas solat raya, kami akan mengajak sister-sister yang takde keluarga ni beraya rumah kami. Dan kemudian itu akan bergerak ke Aberdeen beraya pula. Macam-Macam.

Saya mahu update flickr saya, nanti saya update lagi ok?

Yang sangat penat,
Ms Cherita Cerithi

No comments: