Wednesday 24 September 2008

Kerjaya dan anda

Aku melihat-lihat profil seorang kawan sekelas semasa di Universiti dulu. Aku jejaki beliau sehingga perkembangan terbarunya.

Dia suka menulis, sangat suka menulis. Buku itu temannya, penulisan itu rakan karibnya. Tapi kegemarannya itu terlalu sarat buat mindaku. Mungkin kerana dia genius, ataupun kerana pemikirannya tidak seperti tipikal yang lain.

Aku fikirkan dia ini boleh jadi akan menjadi seorang yang kaya suatu hari nanti. Mungkin dengan penulisannya itu. Ah! Dia sudah pun kaya, mahu apa lagi dengan menambah kekayaan?

Bila fikirkan tentang dia ini, teringat bicara aku bersama teman suatu masa dulu. Kerjaya memilih anda ataupun anda memilih kerjaya?

Bagi aku, kedua-duanya bukan jawapan yang persis. Pada aku, amat jarang seseorang itu tahu apa yang dia akan jadi pada umurnya pertengahan 20-an. Aku katakan begitu kerana mengikut purata umur selepas keluar Universiti (sama ada berskrol atau tidak), para graduan akan memulakan kerjaya mereka pada saat umur 21-26 tahun, bergantung setinggi mana peringkat pelajaran mereka. Bagi yang tidak mahu belajar lagi, mungkin kemahiran teknikal lebih mengujakan jiwa. Tapi, itukah kerjaya tetap anda?

Aku bukan mahu berbicarakan tentang needs and interest. Aku sedang mempersoalkan tentang kerjaya dan personaliti mereka. Dan bagaimana mereka dapat memilih kerjaya itu, bukan hanya kerana minat dan keperluan, tapi disebabkan personaliti. Ramaikan yang kita dengar orang bertukar-tukar kerja kerana tidak kena dengan jiwa? Itu kerana kurang minat ataupun tidak perlu? Aku rasakan ianya disebabkan oleh personaliti.

Aku sering bertanya ini kepada jiwa dewasa aku, "Bagaimana seseorang itu boleh mengekalkan profesion yang sama sehingga ke saat pesaraan mereka?" Aku tidak boleh bayangkan hidup sebegitu. Yang hidupnya hanya berkait dengan perihal kerja, yang takkan habis sampailah kita mati. Tapi aku mungkin dapat ketemu jawabnya. Mungkin personaliti itu yang memainkan peranan.

Ambil kira saintis yang paling dekat. Kebanyakan yang mahu menjadi saintis kerana mereka tidak suka keluar berjumpa dengan orang ramai. Jiwa mereka lebih terbuka pada diri mereka dan orang-orang sekeliling mereka. Itu sahaja. Pastinya ada cara untuk menghiburkan mereka pabila duduk seharian di makmal. Anda namakan saja.

Berlainan pula dengan doktor. Mereka lebih peramah, kerana mereka akan bertemu orang ramai saban hari. Komunikasi adalah kunci penting dalam kerjaya mereka. Jika mereka tidak sukakan yang itu, mereka boleh sahaja bekerja di bilik mayat, ataupun bidang patologi. Apa-apapun, personaliti mereka yang 'memilih' kerjaya mereka.

Orang katakan surgeons itu heartless. Masakan tidak, mahu saja mereka menangis jika sesebuah pembedahan itu gagal. Tapi bila difikirkan balik, personaliti mereka yang kadang-kadang nampak seperti hati batu yang membentuk mereka supaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Bagi yang berumur 23-28 tahun (kawan aku bilang ini zaman tidak tahu/tidak mahu untuk memilih/berbuat apa-apa), memang kita memilih kerjaya kerana terpaksa. Mungkin kerana keperluan, desakan keluarga, pilihan masyarakat atau tiada pilihan langsung. Sedang belajar perubatan, tapi tidak mahu menjadi doktor. Di tahun 4 dentistry, tapi mahu jadi bakery. Anda tahukah? Jika anda mahu jadi bakery, anda sudah lama gagal di tahun pertama anda. Mungkin personaliti anda itu yang mengatasi minat dan cita-cita anda.

Bagi aku, belajar PhD itu satu pilihan. Menjadi seorang pensyarah menjadi satu keperluan. Bekerja di makmal pula adalah suatu paksaan. Itu bukan aku, bukan?

No comments: