Monday 22 September 2008

Sahaja Aku...

Alhamdulillah, kita sudah memasuki ke sepuluh hari yang terakhir di bulan Ramadhan. Aku pasti ramai sahaja yang berebut-rebut untuk menjejaki ke masjid. Merebut malam Lailatul-Qadar. Malam ke-21 sudahpun berlalu. Banyak bicara yang aku dengar-dengar pada malam itu. Selepas sahaja berbuka puasa, ada sedikit tazkirah mengenai perkara ini.

"Di antara tanda-tanda malam Lailatul Qadr adalah malam itu terasa mengantuk yang teramat. Malam yang dingin, tapi tak berapa sejuk dan keesokan harinya matahari semacam redup sahaja"

Oh! Mcm tu rupanya. Masa malam tu lena sahaja tidur walaupun tidur pada pukul 4 pagi. Tak tahulah samada penat tak tidur hari semalamnya ataupun penat membuat kuih raya. You tell me.
Selalunya untuk tidur di tempat orang sangatlah susah. Tapi malam itu, lena.

Bangun sahaja pagi, cahaya matahari memancar masuk ke tingkap bedsit kawan aku itu. Cantik. Tak panas, tak sejuk. Semacam yang diberitahu oleh sahabat semalam. Kawan juga berkata semalam pabila hendak menunaikan solat taubat, dia rasakan mengantuk yang amat. Dan paginya, lihatlah! Ke carboot tidak perlu berkot bagai. Apakah itu maksudnya....?

Tapi semalam aku penat. Sangat penat. Tidur yang selalunya 8 jam hanya sempat diisi separuh saja. Tapi aku niat sahaja, jika malam itu adalah malam Lailatul-Qadr, aku sudah buat apa yang termampu. Di Utusan Malaysia pun ada bicara tentang ini juga. "Jika puasa jatuh hari Isnin, perkiraan para bijak pandai mengatakan malam Lailatul-Qadr akan jatuh pada malam ke-21. That explains kenapa masjid penuh malam itu.

Malam itu juga sempat menunaikan zakat. Alhamdulillah, tahun ini tahun pertama aku berzakat. Sudah kerja, sudah menanggung keluarga (or sort of) - jadi mestilah membayar zakat, walaupun aku tahu abah akan membayarnya juga. Tidak mengapalah, zakat itu penyuci harta bukan?

"Sahaja aku menunaikan Zakat Fitrah pada tahun ini kerana Allah Taala"

Menggeletar lubuk hati menyebut yang itu. Terasa syahdu. Sudah mengucapkan Salam Raya pada sahabat yang mahu pulang ke Malaysia untuk beraya bersama keluarga. Nak ikut boleh? Saya mahu beraya juga. Cehhh... kata 3 tahun tak mahu balik... Cakap tarak serupa bikin. Salahkan orang yang di Malaysia itu ya? Mereka yang suruh saya balik tapi tak reti-reti nak support ticket kapal terbang. Cettt...

Malam ini akan menjadi malam ke-23. Balik ke itenerary asal, iktikaf di masjid.

Moga kita dapat berjumpa dengan Lailatul-Qadr kita ok? Insha'Allah...

No comments: