Tuesday 27 January 2009

kisah solat yang sempurna

soalan: berapa yang berasa solat mereka tidak sempurna? apa lagi jika tidak khusyuk dalam solatnya? bagaimana mahukan pahala solat yang sempurna?

soalan yang dijawab oleh soalan: tahukah anda rukun solat ada berapa? anda solat cara yang bagaimana? mengikut mazhab yang mana? syafi'e?hanbali ataupun maliki?

saya tidak akan menjawab soalan anda di atas: walaupun saya sudah menghadiri kursus penghayatan solat (sila klik untuk membaca e-book) baru-baru ini.

beberapa fakta yang perlu diketahui sebelum>semasa>selesai solat (sila ambil kisah ini mengikut mazhab syafi'e):

1) kisah wudhu
  • yang wajib hanyalah membasuh muka, tangan, kepala dan kaki - mengikut urutan
  • sunat berkumur-kumur, membasuh hidung, telinga dan leher.
2) kisah sebelum berniat
  • berdiri tegak-tegak menghadap kiblat. pastikan berdiri dengan jari-jari kaki tepat-tepat menghadap kiblat.
  • bagi yang perempuan, tiada isu merapatkan tumit kaki kiri dengan kanan. pernah tengok lelaki berdiri tegak? ye, sila berdiri begitu juga. jika tumit kaki kiri bersentuh dengan tumit kaki kanan, hujung jari kaki anda sudah tidak menghadap kiblat.
3) takbiratul-ihram
  • tiada nas mengatakan perlu lafaz niat sebelum mengangkat takbir. Ada yang kata bid'ah kerana niat sepatutnya di dalam hati ketika mengangkat takbir.
  • niat sebenarnya adalah "aku solat (sila letak waktu apa) fardhu kerana Allah"
  • nota: niat itu di dalam hati pabila mulut melafazkan Allahu-Akbar
  • semasa mengangkat takbir, tapak tangan mesti menghadap kiblat.
  • hujung jari mestilah selari dengan paras telinga.
4) Membaca Fatihah
  • Fatihah itu sebahagian dari rukun solat. Maka, wajib membacanya. Ketahuilah bahawa permulaan ayat itu mestilah dimulakan dengan basmallah dan diakhiri dengan amin.
  • Makruh membaca Fatihah bersambung-sambung.
  • Bacaan fatihah perlu diperbetulkan makhraj dan harakatnya.
  • Doa iftitah sebelum Fatihah adalah sunat.
  • Surah selepas Fatihah juga adalah sunat.
5) Rukuk
  • Punggung mestilah bengkok 90 darjah dengan kaki.
  • Tapak tangan mestilah berada di atas lutut - bukan di paha dan bukan di bawah lutut.
  • Tidak boleh berdoa semasa di keadaan rukuk.
  • Ini kerana pada ketika ini kita sedang memuji-muji kebesaran Allah.
  • Sebutan yang sebetulnya disebut: Subhanarabbi yal-Azimi! (tanpa wal bi hamdihi)
  • sunat mengangkat tangan selepas rukuk.
6) Iktidal
  • Hanya wajib membaca "SamiAllahuliman hamidah"
  • Sunat membaca "Rabana lakal Hamdu"
7) Sujud
  • menjatuhkan lutut dahulu, kemudian tapak tangan.
  • hujung jari kaki mestilah bengkok kesemuanya agar tapak kaki betul2 90 darjah dari lantai.
  • menekan dahi
  • sekadar hidung menyentuh lantai
  • dahi hendaklah berada di antara kedua-dua tapak tangan (termasuk wanita)
  • nota: bagi wanita, tidak perlu membuka ruang antara ketiak dan badan.
  • tidak boleh sujud di atas pakaian ataupun kain yang menjadi pakaian kita; yakni boleh bergerak-gerak mengikut pergerakan kita (melainkan mahu menjadi alas sejuk atau panas pada lantai ketka sujud)
  • afdhal berdoa ketika sujud.
  • bacaan sujud: "Subhana rabbi yal-a'ala" tiga kali.
8) Duduk di antara dua sujud
  • meletakkan punggung di atas tapak kaki kiri dan menegakkan tapak kaki kanan.
  • dilarang duduk seperti anjing; yakni meletakkan punggung di atas lantai di antara kaki kiri dan kaki kanan.
9) Tasyahud awal
  • Duduk seperti mana perilaku duduk di antara dua sujud.
  • Jari telunjuk dikeluarkan ketika menyebut nama Allah pada "Ash-ha du alla ila ha IllahAllah...." dan bukannya pada awal bacaan tasyahud ataupun permulaan syahadah
10) Tasyahud akhir
  • duduk punggung kiri di lantai dan tapak kaki kanan tegak.
  • tidak perlu membaca "sayidina" sebelum Muhammad dan Ibrahim ketika doa selepas syahadah.
11) Salam
  • terus tolek kanan tanpa mengangguk ke bawah.
  • dan terus toleh ke kiri selepas menoleh ke kanan.
  • tidak perlu menyapu selesai memberi salam.
12) Tamakninah
  • setiap perlakuan pada rukun perlu disertai oleh *a short pause* sepanjang 2 harakat.
13) misc
  • hanya sunat mengangkat tangan ketika bangkit dari rukuk dan bangkit dari tasyahud awal.
  • makruh memejam mata ketika solat (meniru orang Yahudi)
  • pengiraan bergerak ketika solat adalah tidak lebih 3 kali pergerakan berturut-turut. Tapi jika bergerak dan berhenti dan bergerak dan berhenti hanya dikira satu pergerakan sahaja.
Nanti kita bakal bersambung dengan khusyuk solat.

JZKK.

No comments: