Sunday 11 January 2009

nasihat untuk diri

selalu bila rasa sedih kerana diuji aku mesti didatangkan oleh nasihat-nasihat yang tidak terduga.
sampai sekarang pun bila mana aku sedang diuji, aku sentiasa berfikir, akan terselit perkara-perkara yang aku masih tak tahu.

selalu pabila didatangi masalah kita mesti bercakap pada diri sendiri "kalaulah aku buat ini, mesti tak jadi mcm ni" ataupun "kalaulah aku tak buat mcm ni, mesti perkara lain lagi bagus akan berlaku"

tetapi kita tak pernah tahu apa-apapun bukan?

seorang sahabat pernah memberi nasihat jika kita selalu sangat diuji bermakna Allah tak pernah melepaskan pandangan pada kita. Mungkin kita ada berbuat kesilapan yang kita tak pernah sedar. Mungkin cara hidup kita tidak betul dan harus diperbetulkan. Mungkin Allah mahu memberikan kebahagiaan selepas ujian-ujian itu.

kita tak pernah tahu bukan?

ujar seorang sahabat yang lain, semakin besar cabaran yang kita lalui, semakain besarlah kebahagiaan yang kita akan dapat. kadang-kadang takdir yang membuatkan kita jadi begini. Buat apa salahkan takdir? kita usahakan apa yang termampu. yang penting adalah usaha.

datanglah 5 perkara sebelum 5 perkara. teringatkan tentang yang itu juga.
1) Sihat sebelum sakit
2) Kaya sebelum miskin
3) Lapang sebelum sempit
4) Muda sebelum tua
5) Hidup sebelum mati

Hidup ini terlalu singkat untuk mengeluh. Jika diberikan cabaran sahutlah cabaran tersebut. Hati mesti sentiasa ikhlas. Jangan riakkan dengan apa yang ada dalam hidup.

"Barangsiapa yang membantu menyelesaikan kesusahan seseorang didunia, nescaya Allah akan membantu menyelesaikan kesusahan nya di dunia dan akhirat "

Terharu bila mendengarkan yang ini. Bila kita mendengarkan sesiapa yang berada dalam kesusahan, bantulah sekadar apa yang mampu. Nescaya bila datangnya saat kita susah, Allah akan bukakan pintu rezeki pada mana-mana yang kita tidak pernah ketahui.

Nasihat untuk diri :
1) Jangan berputus asa terhadap rezeki Allah. Rezeki itu ada di mana-manakan? Jangan hesitate untuk membantu.
2) Berusaha bersungguh-sungguh ke atas sesuatu. Allah sukakan hamba-Nya yang mengerjakan ke arah kebajikan, insha'Allah.
3) Jangan berharap pada sesiapa selain Allah. Bersangka baiklah dengan-Nya. Dialah tempat sebaik-baik mengadu.
4) Sentiasa bersangka baik kepada orang lain. Dan sentiasa berusaha untuk tidak membuka sebarang ruang fitnah terhadap diri sendiri.
5) La tahzan. Kebahagiaan itu akan datang juga dalam pelbagai bentuk yang Allah inginkan.

JZKK.

No comments: