Saturday 10 January 2009

wallahi!

Terbuka hati mahu ke usrah kali ini walaupun banyak perkara yang masih berlegar-legar di minda.
Tambahan pula di bandar mereka membuat bantahan terhadap serangan di Gaza.
Aku tak mahu membaca SkyNews, takut-takut mengalir air mata.
Melihat-lihat sahaja Vigil di bandar tadi pun terasa hiba.


Usrah kali ini sungguh istimewa.
Jika dulu mereka bawakan seorang rakyat Palestin yang menceritakan tentang Al-Aqsa.
Kali ini mereka bawakan orang yang menetap di Gaza tetapi mereka belajar di sini.

Mendengar daripada mereka sebagai sumber terus adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan. Sekurang-kurang terisi juga minda ini tentang perkara-perkara yang berlaku di dunia ini.


Antara perkara-perkara yang aku baru tahu ialah:
1) Palestine adalah sebuah negara di antara Egypt dan Jordan.
2) Orang yang mengemukakan idea untuk membawa masuk orang-orang Yahudi masuk ke Palestine adalah orang kelahiran Scotland.
3) British adalah tulang belakang kepada perampasan tanah Palestine.
4) Hari berdarah - Nakbah adalah pada 1 Mei 1948. Ketika itu orang Palestine dihalau beramai-ramai ke Semenanjung Gaza dan West Bank.
5) Peristiwa Nakbah ini dikatakan hari berdarah kerana orang-orang Yahudi ini telah menyerang perkampungan dan bandar-bandar di Palestine langsung terus menembak warga-warga yang tidak berdosa.
6) Mereka memberikan Gaza kepada Palestine itupun kerana Gaza itu adalah kawasan pembuangan yang ditadbir oleh Mesir dan West Bank pula ditadbir oleh Jordan.
7) Masjid Al-Aqsa berada di dalam Israel bersempadan West Bank. Walau bagaimanapun, Israel cuba mengawal setiap kawasan yang dikatakan mempunyai sejarah keagamaan.
8) Gaza adalah kawasan yang paling padat di dunia!
9) Palestine mempunyai dua parti sokongan: Hamas dan Fatah; dan mereka ini tidak langsung sebulu.
10) Orang-orang Israel tidak sukakan orang-orang Hamas. Sejak Hamas menang di Gaza, orang-orang Israel cuba untuk mengawal Hamas, tapi tidak berjaya.
11) Israelis cuba membuat perjanjian dengan Hamas - tetapi memungkirinya.
12) Hamas berang lalu melancarkan bom kepada Israel.
13) Setelah provokasi itu berjaya, mereka mengebom bandar Gaza dengan alasan: Hamas mulakan dahulu.
14) Israelis mengebom pusat latihan polis di bandar Gaza pada hari pertama 27hb Disember 2008. Kebanyakan mereka adalah warga muda yang dilatih untuk berperang.
15) Selepas hari tersebut, serangan mereka adalah pada kanak-kanak dan wanita.
16) Alasan mereka mengebom kerana mereka mahukan Hamas.
17) Taktik kotor mereka yang lain adalah: mereka menelefon orang-orang di Gaza berkata mereka tidak mengebom untuk menyusahkan mereka, dan pengeboman ini semua salah Hamas. Mereka juga katakan jika Hamas tiada, itu adalah lebih baik untuk semua.
18) Universiti Islam yang sama cantik di UIAM musnah dibom.
19) Oleh kerana mereka ini duduk terlalu padat, mereka membina banyak flat yang berbelas-belas tingkat.
20) dan mereka hanya menaiki tangga untuk naik ke atas.
21) Sejak pengeboman, tiada sumber elektrik disalurkan.
22) Badan sukarelawan tidak dibenarkan membantu warga-warga Palestine.
23) Mereka hidup berdasarkan belas kasihan dan derma seluruh dunia. Tiada pekerjaan umum dilaporkan.
24) Walaupun Gaza ini berhampiran laut Mediteranean, mereka sukar mendapat sumber ikan. Jika mereka keluar 1km dari pesisir pantai, mereka akan ditembak.
25) Liga-liga Arab tidak berbuat apa-apa kerana telah diberikan amaran oleh AS. Dan semangat Assobiyah mereka membuatkan mereka tidak bersatu.
26) Mesir yang betul2 bersempadan dengan Gaza tidak berbuat apa-apa, dan ini disengajakan.
27) Orang-orang Palestine menggali lubang untuk ke Egypt bagi mendapatkan sumber import-eksport .
28) Gaza tidak mempunyai tanah untuk bercucuk tanam kerana tanah mereka habis digunakan untuk penempatan.

Itu adalah beberapa point yang aku yakin telah banyak menginsafkan aku. Berapa kali kita merungut sebab perkara-perkara remeh dlm hidup? Tapi mereka? Mereka sudah biasa dengan perkara begitu.

Alhamdulillah, Allah telah kurniakan rezeki yang baik dan hidup yang sempurna bagi aku untuk jalani di atas muka bumi ini. Setiap ujian yang Allah berikan itu nyatanya tidak cukup besar jika mahu dibandingkan dengan dugaan ke atas orang-orang Palestine.

Qunut Nazilah telah dibacakan selepas sesi bercerita tersebut. Doa ini dibacakan oleh Rasulullah ketika di dalam peperangan untuk mengalahkan musuh. Cuba google dan bacakan bersama-sama.

Jika aku di Malaysia, aku percaya aku tidak akan diberikan peluang yang sebegini hebat. Terima Kasih Allah.

Wallahi! Ayat biasa orang Arab bila berbicara.
Wallahi! Kerana Allah kita semua berada di mana kita berada.

No comments: